Friday, March 17, 2017

TIPS PERSEDIAAN KESIHATAN YANG BERKESAN BAGI MENUNAIKAN HAJI | UMRAH

Assalamualaikum w.b.t...  Tahniah dan syukran saya ucapkan kepada bakal-bakal jemaah haji / umrah yang berpeluang ke tanah suci mekah. Bukan senang kita sebagai umat Muhammad nak menjejakkan kaki ke sana kan. Siapa yang tidak berhajat untuk ke sana kan. 

 Alhamdulillah sekarang mak saya masih dalam kursus haji. Moga tercapai hajat mak untuk ke sana demi menunaikan ibadat haji. Amiinn. 
Ibadah Haji dan Umrah melibatkan penyatuan antara kegiatan ibadah mental dan fizikal. Maka persiapan dan kesediaan fizikal amat diperlukan sebelum berangkat agar dapat bertahan terhadap keadaan persekitaran yang sangat berbeza dengan situasi di tanah air.

Pada setiap musim haji, keadaan di tanah suci padat dengan para jemaah yang menunaikan ibadah haji dari seluruh dunia sehingga mencapai berjuta orang dan ianya sentiasa meningkat setiap tahun, sedangkan tempatnya terhad. 

Oleh kerana ibadah haji dan umrah selain memerlukan kefahaman mendalam dan penghayatan rohani, ia banyak melibatkan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki seperti Tawaf dan bersaie dan melontar Jamrah. Sangat penting bagi kita untuk tekankan soal kesihatan. 

Merujuk kepada sumber yang saya baca,  Jemaah Malaysia paling ramai memenuhi wad hospital di Arab Saudi terutama semasa mengerjakan umrah kerana tidak membuat persediaan secukupnya dari segi mental dan fizikal semasa mengerjakan ibadah tersebut. 

 NASIHAT BUAT PARA JEMAAH HAJI | UMRAH
    • • Dalam Perjalanan Antara Jeddah / Madinah / Makkah
    • >>> Perjalanan di antara Jeddah ke Madinah mengambil msa kira-kira 8-10 jam, manakala Jeddah ke Makkah 2 jam (ketika menaiki bas).
    • >>> Jemaah haji dinasihatkan supaya membawa bekalan makanan/minuman yang mencukupi bersama ketika dalam perjalanan bas ini. Makan terlebih dahulu sebelum bertolak ke Madinah atau ke Makkah.
    • >>> Jika jatuh sakit dalam perjalanan memberitahu pemandu untuk di bawa ke klinik yang berdekatan.
    • >>> Pihak waris/sahabat yang ikut sama diminta melaporkan dengan SEGERA kepada Dalil atau Pegawai Muassasah atau Pegawai Tabung Haji atau Klinik Malaysia di Madinah / Makkah JIKA;Terdapat Jemaah haji yang sakit teruk Dimasukkan ke Hospital Arab/Pusat Kesihatan. Meninggal dunia dalam perjalanan
    • • Di Madinah
    • >>> Jangan dedahkan diri kepada cuaca yang panas atau sejuk begitu lama. (pilih masa yang sesuai, jika hendak membeli-belah)
    • >>> Jangan kerap mandi apabila badan sedang panas.
    • >>> Bawa baju tebal (baju sejuk) untuk kegunaan di Madinah kerana cuaca sebelum wukuf adalah sejuk.
    • >>> Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari terutama selepas banyak menggunakan tenaga fizikal.
    • >>> Jagalah kesihatan semasa berada di Madinah. Jika sakit, hubungilah Klinik Malaysia.
    • >>> Bagi memudahkan jemaah mendapat rawatan, pihak Lembaga Tabung Haji telah menyediakan klinik zon di salah sebuah bangunan rumah jemaah haji di Madinah. Alamat-alamat klinik zon ini akan diberitahu kepada jemaah haji apabila mereka sampai di Madinah.
    • • Di Makkah
    • >>> Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ianya mudah didapati.
    • >>> Jangan makan makanan yang sudah disimpan lama dan sudah berbau basi. Makan dalam tempoh 2 jam setelah dibekalkan.
    • >>> Jangan makan makanan yang terdedah kepada lalat dan debu.
    • >>> Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimakan.
    • >>> Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari. Badan akan kehilangan banyak air kerana keadaan cuaca yang panas dan sentiasa berpeluh
    • >>> Kurangkan aktivti yang menggunakan tenaga di dalam cuaca yang panas.
    • >>> Jangan dedahkan diri terlalu lama dalam cuaca panas. Ini boleh menyebabkan badan kekurangan air/garam yang boleh membawa kepada kejutan panas (heat stroke) dan membawa maut.
    • >>> Lapkan badan dengan tuala basah dan tidak perlu mandi di waktu tengahari.
    • >>> Jika sakit, segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
    • >>> Terdapat Klinik Maktab dikediaman jemaah haji. Jemaah akan dimaklumkan oleh Petugas Kebajikan dan Perubatan Tabung Haji lokasi Klinik Perubatan Malaysia.
    • • Di Arafah Dan Mina
    • >>> Jemaah Haji dinasihatkan membuat persiapan awal menjaga kesihatan. Pihak Berkuasa Arab Saudi tidak membenarkan semua Rombongan Perubatan luar negara membuka hospital dan klinik di Arafah dan Mina.
    • >>> Pesakit-pesakit yang kritikal dan memerlukan oksigen berterusan dan 1/V Drips akan di bawa dengan ambulan dan bas Nagabah pada 9 Zulhijjah iaitu hanya untuk berwukuf, kemudian dimasukkan ke hospital semula dengan diiringi Petugas Perubatan.
    • >>> Banyakkan minum air, 3-4 liter sehari terutama selepas menggunakan tenaga fizikal.
                                                 Kredit : 3D health beauty

Persiapan yang tidak lengkap dari segi kesihatan untuk menunaikan umrah dan haji menjadi punca para jemaah negara ini memenuhi hospital di Arab Saudi. Akibat tidak menjaga kesihatan mereka dimasukkan ke hospital dan ditahan di wad terlalu lama sehingga menyukarkan jemaah lain untuk menerima rawatan.

TIPS PERSEDIAAN

1. SENARAI SEMAK UMRAH

• Pasport
• Buku imunisasi
• Gambar visa umrah 80% muka hitam putih
• Latar belakang putih - lelaki
• Perempuan - tudung hitam

2. SENARAI SEMAK SEBELUM BERANGKAT : HAJI | UMRAH

A ) Umum haji / umrah

• Handphone ( untuk panggilan & sms )
Catatkan juga nombor telefon penting : 
- No kedutaan Malaysia
- No tabung haji di mekah/madinah/jeddah
- No agen / mutawif
- No hotel
- No telefon bank di malaysia ( jika bawa kad - aktifkan kad debit ViSA / Mastercard dari malaysia. )
• tukarkan sedikit (SR200) di malaysia tujuan membeli makanan/minuman apabila tiba di jeddah.
• Quran terjemahan
• Buku panduan haji umrah
• Penanda beg
• Pakaian ( bawa sekadar perlu )
• beg besar berkunci
• uncang kasut
• Vitamin / ubat-ubatan
• kamera
• baju sejuk ( jika sejuk hendaklah berada di hand-luggage )

B ) Khusus Umrah

• Pasport
• Buku imunisasi
• Gambar visa 
• kenali mahram
• Kasut ( jika bbercadang mendaki Jabal Nur-Gua Hira' )

C ) Khusus Haji

• Pasport Antarabangsa
• Doa Arafah
• Buku kesihatan 
• Gelang
• Buku akaun tabung haji ( jika perlu )
• mahram

3. SENARAI SEMAK APABILA TIBA DI JEDDAH | MEKAH | MADINAH

• Semak pasport
• serahkan pasport kepada tabung haji / pengendali pakej apabila diminta
• isi borang imigresen saudi di dalam kapal terbang
• bersama mahram ketika melalui imigresen saudi
• beli simkad saudi
• tukar wang hanya perlu
• ikut arahan
• saling tolong menolong

4. SENARAI SEMAK HAJI ( UNTUK WUKUF )

• Khutbah arafah
• wukuf
• Doa Arafah
• beg galas
• sejadah
• botol air
• buku panduan haji | umrah
• Handphone
• kamera
• kain ihram tambahan
• gelang pengenalan diri
• buku kesihatan
• vitamin / ubatan

5. SENARAI SEMAK HAJI ( SELEPAS WUKUF )

• Melontar Jamratul aqabah
• melontar tiga jamrah 
• tawaf
• saie
• tahalul 
• kembali ke mekah
• semak niat, matlamat dan Sasaran haji
• perbaiki amalan
• puasasunat
• banyakkan solat malam
• banyakkan sedekah
• banyakkan tawaf sunat
• melawat tempat sejarah sekitar mekah
• beli cenderahati sekadar perlu shaja
• kurma ajwa'
• tawaf widak ( tawaf selamat tinggal - hari akhir di mekah )

6. SENARAI SEMAK ( TAMBAHAN UNTUK MUSLIMAH )

• Botol spray untuk wuduk
• mahram
• sarung tangan jika perlu
• jubah
• vitamin khas wanita
• ubat khas wanita

>>> DAPATKAN SUPPLEMEN KESIHATAN HAJI | UMRAH YANG BERKESAN <<< 

klik sini

Oleh yang demikian, kepada bakal jemaah haji atau umrah. Janganlah dipandang remeh dan memandang ringan mengenai isu kesihatan serta lupa untuk berehat kerana terlalu teruja apabila tiba di tanah suci. InSyaaAllah mudah-mudahan kalian mendapat haji yang mabrur. 

Bagi menggelakkan timbulnya masalah yang tidak diingini, boleh dapatkan vitamin sihat & cergas shaklee daripada saya. InSyaaAllah membantu anda. 



Sebarang pertanyaan atau pesanan produk boleh hubungi /watsapp saya & saya akan memberi bimbingan serta konsultasi pada anda sehingga anda berjaya/mencapai target. Amiinn Ya Mujib! 
Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya! 

klik sini


You are not paying for the supplement, but you are investing on your health.

Pengedar Sah Shaklee Senawang / Seremban

Yaya Abd Aris
018 328 4995
Qisyaireen.blogspot.com


4 comments:

  1. Bagusnya artikel ni. InshaAllah kalau nak pergi menunaikan haji nanti boleh rujuk maklumat di blog ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Tq SS.. Semoga bermanfaat ya..

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian ini..akan dimanafaatkan. Semoga murah rezki org yg mnyampaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Moga bermanfaat. Semoga murah rezeki org yang membacanya. Amiinn Allahumma Amiinn

      Delete

CARI DI SINI

Followers

TANYA DI SINI