Tuesday, March 28, 2017

9 BAHAN MASKER YANG MAMPU MERAWAT MASALAH KULIT ANDA

Fitrah sebagai seorang wanita yang ingin kelihatan cantik kan. Tambahan yang sudah berkahwin pasti ingin kelihatan anggun untuk suami kan. Pada gadis-gadis pasti akan lebih fokus pada penjagaan kulit wajah terutamanya. 
9 masker yang mampu merawat masalah kulit anda
Saya ingin kongsikan beberapa masker dari bahan-bahan yang mudah didapati bagi merawat masalah kulit wajah kita. Dengan cara ini, kita dapat memulihkan kulit wajah kita dari masalah jerawat, jeragat, pori-pori, kekusaman dan sebagainya. Semoga bermanfaat. 

MASKER TOMATO
Haa..bahan pertama kita senang sangat dapat kan. Tomato. Bukan sahaja sedap dimakan tapi kaya dengan antioksidan yang dapat membantu melawan radikal bebas. Buah tomato sarat dengan vitamin C, E, K, B6,B1, & B2, Zat besi serta kalium. 

Tomato boleh merawat kulit dalam mencegah masalah jerawat, menjadi pelembab di wajah, untuk menghaluskan kulit, dan bagus untuk liang pori, kulit berminyak, dan mencerahkan kulit. Banyak sungguh khasiat tomato ni kan. 

Saya dan anak-anak cukup suka makan macam tu aje. Bagus untuk dalaman kita tau. Kalau nk buat masker hanya dengan lenyekkan tomato masak tersebut atau blend hingga hancur. Tepekkan di wajah sehingga 15 minit - 30 minit. Kadang saya buat terlajak jugak sampai sejam. Hihihi.. Boleh campur bahan lain kalau nak. 

Contohnya, madu..yogurt ke..dan apa-apa lah.. Mengikut kesesuian kulit. Elok buat tomato dulu, klu ok blh campur. Hanya nak tengok kesan takut kalau-kalau ada alergik ke kan. 

MASKER KUNYIT
Kunyit adalah antara bahan masakan tradisional yang sangat popular juga kan. Dari jus kunyit kita boleh buat masker. Yang ni memang saya suka sangat buat sebab mudah, hasil yang sangat best. Sihat dalaman cantik luaran. Kaya dengan vitamin B6, C, Zat besi, dan magnesium. 

Sifat anti aging dan dapat membantu mencegah munculnya garis-garis halus, jerawat pada wajah, pigmentasi, strect marks, mampu melembabkan kulit, mencerahkan dan banyak lagi. Sifat anti inflamasi dan anti bakteria dapat membasmi masalah jerawat. 

Caranya hanya campurkan dengan madu , yogurt. Kacau dan jadikan pes. ratakan di kulit wajah sehingga 30 minit. Lepas tu bilas dengan air suam. Hasilnya sangat best. Boleh juga campur air lemon. Hanya 1 sd besar. Terpulang nak campur apa. Janji tahu yang kulit berminyak atau kulit kering. 

MASKER MADU 
Madu mengandungi antimikrob, antioksidan, dan dapat memberikan kesan menenangkan untuk kulit kita. Kandungan antioksidan yang terdapat di dalam madu diperlukan untuk kulit bagi melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit kita. 

Radikal bebas boleh menyebabkan kulit kusam, penuaan awal yang ditandai dengan garis halus bahkan kanser kulit. topeng madu..si ramuan yang membuat wajah semakin manis. Bagi anda yang mempunyai kulit wajah berjerawat atau kering, kini tidak perlu bimbang lagi. Madu boleh menjadi penyelesaian untuk mengatasi masalah kulit wajah. 

Bilas muka dengan air suam untuk membuka liang-liang kulit. Sapukan madu ke bahagian wajah anda, relax selama kira-kira 30 minit, dan bilas semula dengan air suam. Dan sekali lagi, basuh dengan menggunakan air sejuk agar pori-pori wajah kembali tertutup.


Sama juga, boleh campur dengan macam-macam bahan lagi. Untuk kesan yang lebih ohsem! Tapi tak digalkkn bawa tidur ya kang tak pasal-pasal bangun tidur penuh semut kat muka..haha.

MASKER YOGURT ASLI
Salah satu masker wajah alami adalah dari yogurt. Menggunakan masker yogurt dua hingga tiga kali seminggu dapat mengekalkan kulit wajah kita sihat dan flawless tanpa perlu membeli produk masker wajah yang mahal. 

Kenapa yogurt? Yogurt adalah makanan berkhasiat yang dapat membantu pencernaan dan menyediakan mineral seperti kalsium dan zink yang bermanfaat untuk tulang kuat, gigi dan sistem kekebalan tubuh. Yogurt juga mempunyai banyak manfaat apabila disapu pada kulit. 

Apabila kita menggunakan yogurt untuk masker wajah, pastikan bahawa yogurt yang kita pakai adalah Yogurt Plain (tanpa rasa) dan mempunyai bakteria aktif di dalamnya, pakai selama 30 minit keatas. Boleh campurkan apa-apa sahaja bahan lain yang bersesuaian dengan kulit wajah kita. Best kan! Gebu mulus jadinya nanti. Cubalah. 

MASKER SUSU
Susu merupakan minuman yang sihat dan bergizi. Kandungan kalsium yang terdapat pada susu sangat baik untuk pertumbuhan tulang. dari kecil manusia selalu diajar untuk minum susu agar semua keperluan tubuh dipenuhi. Pentingnya minum susu membuktikan bahawa susu memang memiliki banyak manfaat. 

Manfaat-manfaat tersebut diantaranya adalah mencegah osteoporosis, mencegah kerosakan gigi, menghindarkan dari kanser usus, mempercepat pertumbuhan pada anak, melindungi pencernaan tetap sihat, ubat alami bagi yang sukar tidur, mengganti cairan yang hilang, mengurangkan PMS pada wanita, dan memiliki komposisi gizi yang lengkap.

Manfaat Masker Susu untuk Kecantikan
Tidak hanya manfaat bagi kesehatan, namun susu juga bermanfaat dalam dunia kecantikan. Para ahli meyakini bahwa susu memiliki kandungan yang mampu mencerahkan kulit, memutihkan dan manfaat lainnya. 

boleh menghilangkan lingkaran gelap bawah mata (mata panda) - biarkan selama 5-10 minit
• mencerahkan kulit ( bagus untuk mengecilkan pori-pori, membuang sel kulit mati) - lakukan selama 15 - 20 minit
• mencegah penuaan ( panaskan susu sehingga suam-suam, celup kapas muka dan letakkan di wajah sampai panasnya berkurang - rajinkan diri untuk tepuk-tepuk muka ) 
• membersihkan wajah
• kecilkan pori-pori 

MASKER KAYU MANIS
Haa..ni ada lagi salah satu rempah ratus dalam masakan kita. Ada banyak sangat manfaat yang akan anda dapat, selain daripada membantu mencerahkan kulit wajah ternyata manfaat masker kayu manis yang juga tidak kalah luar biasanya iaitu mampu membantu menghilangkan jerawat yang ada diwajah kita. 

Anda yang mempunyai masalah dengan jerawat boleh mencampurkan kayu manis bersamaan dengan madu. Campuran kedua bahan alami ini dipercaya sangat bagus dalam mengatasi jerawat dan sekaligus mengurangi keradangan akibat jerawat. 

Hanya tumbuk kayu manis tersebut sehingga halus, kemudian boleh campurkan dengan bahan lain. Biarkan selama 30-40 minit. Bilas dengan air bersih. 

MASKER KENTANG
kentang bukan hanya sedap dimakan, malah orang korea pun suka mengamalkan masker kentang. Saya ada pernah tengok show tetang salah seorang dari mereka yang mengamalkan dengan kentang. 

Kentang memiliki kandungan gizi seperti nutrisi per 100 gram. Beberapa vitamin seperti vitamin A, C, K memiliki elektrolit seperti kalium & sodium serta memiliki beberapa mineral. Kentang juga memiliki beberapa fungsi sebagai bahan makanan pokok di negara Eropah sana.  Selain dapat digunakan sebagai bahan makanan, kentang juga dapat digunakan sebagai masker untuk wajah.



Sediakan 1-2 buah kentang yang berukuran besar/kecil.

• Kupas kulit kentang tersebut dan potong kecil- kecil kentang tersebut.
• Masukan kentang ke dalam food processor/blend/sagat. 
• Anda boleh tambahkan beberapa bahan lain sebagai pelengkap seperti madu, etc.
• Masker anda siap untuk digunakan.

Hanya tepekkan kentang ke seluruh bahagian wajah kecuali mata dan mulut. Anda boleh menggunakan jari sahaja. Kemudian biarkan selama 20-30 minit selepas itu cucilah wajah anda menggunakan air suam. Penggunaan selama 3 kali dalam seminggu dapat membuat kulit wajah anda lebih sihat.

• Dapat digunakan untuk memutihkan wajah
• Dapat mengatasi kulit kering
• Dapat menghilangkan garis halus dan kedutan
• Untuk menghilangkan bintik hitam ataupun bekas parut jerawat

MASKER LEMON
Cara buat masker lemon cukup mudah dilakukan dirumah, lakukanlah untuk mendapatkan manfaat lemon untuk wajah anda demi kecantikan alami. Setiap orang mesti tahu buah lemon. Buah ini mempunyai kandungan vitamin C dengan aroma yang menyegarkan dan rasanya yang masam. 

Biasanya jus lemon di gunakan untuk minuman segar ais lemon di setiap restoran. sangat bermanfaat untuk menutrisi kulit terutama kulit wajah.   

Kandungan yang terdapat daripada lemon adalah asid sitrik, serat tinggi, lemak tak tepu, karbohidrat, zat besi, asid folik, kalsium, zink, magnesium, Vitamin B1, B2, B3, dan B5. 

Manfaat Lemon untuk Kecantikan Wajah 
• Merawat Jerawat 
• Mengatasi Kulit Berminyak 
• Mengecilkan Pori-Pori 
• Mencerahkan Kulit Wajah 
• Menghilangkan bintik Hitam dan Bekas Jerawat 
• Melicinkan permukaan Kulit 
• Melembapkan Kulit Wajah 
• Menegangkan Kulit Wajah 
• sumber Kolagen pada Kulit 
• Mencegah munculnya penyakit kulit 
• Anti Penuaan
• Mengawal minyak dan Kotoran pada Kulit Wajah Lelaki
• Melindungi daripada Radikal Bebas

MASKER TIMUN

Timun pun banyak manfaat. Dengan kandungan airnya yang banyak, timun cukup baik untuk mencegah dehidrasi tubuh. tidak hanya bermanfaat buat makan saja, tetapi timun juga sangat bermanfaat bagi kecantikan kulit wajah. 

ada banyak manfaat timun bagi kecantikan, dari melembabkan kulit wajah sampailah mengatasi masalah jerawat. Untuk mendapatkan semua manfaat yang terdapat dalam timun, kita boleh membuat masker timun yg mudah untuk merawat kulit secara rutin.

Boleh juga menambah bahan-bahan alami lain. Sangat mudah hanya hancurkan timun tersebut dan letakkan  pada seluruh kulit wajah berjerawat secara merata. Biarkan selama 30 minit atau tunggu sehingga kering. 

Kemudian boleh bilas menggunakan air suam hingga bersih. Selain dapat dimanfaatkan untuk mengatasi jerawat dalam bentuk masker, timun juga baik diminum dalam bentuk jus. Jus timun sangat bagus membantu mengawal jerawat dari dalam. Lepas tu hirisan timun boleh letakkan di mata. Bestkan! 

Haa..bestkan..semuanya boleh buat sendiri dirumah tau. Percayalah, hasilnya memang sangat-sangat best! Saya dah cuba. Dan memang akan jadi rutin harian saya. anda boleh buat gilir-gilir. Hari ni masker kunyit, esok tomato, seterusnya yogurt atau terpulang la kan. Ikut suka hati kita..haha. 

Sebenarnya banyak lagi masker yang boleh kita buat, contohnya daripada halba, aloe vera, asam jawa, avocado, beras, baking soda, dan macam-macam lagi. Semua ada manfaat tersendiri. Dan kalau anda nak cuba saya sarankan buat dahulu satu-satu, jangan campur. Nak tengok kalau-kalau kita ada alergik bahan tersebut atau tidak. Kalau ok, boleh la campur-campur. 

Oleh yang demikian, selamat ber'masker' yaa..hihi.. Muka akan floles gitu.. Manfaatkan bahan-bahan alami yang Allah beri ni. Sekian terima kasih. Sudi-sudilah share kebaikan ini yaa.. 

Baca >>> CARA MERAWAT MASALAH JERAWAT DENGAN BERKESAN

Dan jangan lupa yaa gojes-gojes sekalian, setiap masalah luaran perlulah di rawat juga dari dalaman kan.. Barulah orang kata cantik dalaman maka cantiklah luaran. 

Baca >>>  CANTIK & CERAHKAN KULIT DENGAN SET VITAMIN SHAKLEE

6 comments:

  1. Buat masker bugus untuk merawat kulit

    ReplyDelete
  2. boleh ke kalau buat dalam kuantiti yg banyak and then simpan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok juga pada bahan yang digunakan. kalau macam tomato tu elok simpan tak lebih dari 3 hari la..kalau kunyit tu boleh je simpan lama. semoga membantu

      Delete
  3. Salam sy first pakai tomato je, buat cam scrud kt muka.. Muka sy jd Gtall sejuk je mukaa.. Harap mjadi la muka flawless tuh. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal.. Cuba lagi nanti ya. Tp kalau jadi bertambah teruk, jangan buat lagi. Takut tak serasi kulit muka dengan bahan. Boleh cuba dengan bahan lain. InSyaaAllah dengan bahan alami, cukup nutrisi kulit, penjagaan yg betul, pasti akan menjadi.

      Delete

CARI DI SINI

Followers

TANYA DI SINI