Monday, March 20, 2017

TIPS MUDAH UNTUK IBU YANG BERPANTANG SENDIRI

Untung sangat pada yang masih mempunyai Mak. Mak yang masih sihat tubuh badan, bolehlah menjaga kita semasa berpantang kan. Kalau mak yang tak berapa sihat pula,  kita yang tak sampai hati nak minta tolong. Bagi yang tiada lagi mak mesti buntu. 

Nak minta tolong ibu mertua pula segan silu. Walaupun mak suami adalah mak kita juga, cuma kita tidak biasa dan ianya tak sama seperti layanan mak sendiri. 
Tips mudah untuk ibu yang berpantang sendiri
Macam mana nak hadapi waktu berpantang ni? Sendiri-sendiri..hanya ada suami sahaja. Nak-nak yang pertama kali bersalin. Pada yang bakal berpantang sendiri, yaya akan kongsikan serba sedikit pengalaman yaya. Tips yang bermanfaat buat anda. InSyaaAllah membantu kalian. 

JANGAN SEDIH !
Janganlah menganggap ianya satu bebanan untuk kita fikir dimana kita nak berpantang, siapa nak jaga, apa yang perlu kita lakukan. Kita perlu kuat dari segi mental. Katakan dalam hati, " bahawa kita mampu lakukannya.." Percaya pada diri sendiri. 

BANGUN AWAL PAGI
Bangun waktu subuh dalam pukul 6-7 pagi. Waktu itu kita boleh mandi air panas. Atau mandi air herba. Bangun, terus masak air pada yang tiada water heater. Yang ada, boleh lah rendam kantung herba tersebut. Mungkin suami boleh membantu masakkan air sebelum pergi kerja. Siapkan besen air panas untuk mandian kita. Untuk rendaman air garam suam pun bagus untuk luka jahitan kita. 

Rendam dengan air garam kasar boleh membantu menyembuhkan luka bersalin dengan cepat. Pengalaman yaya sendiri, betul! Cepat sembuh & cepat kering jahitan tersebut. 

BERTUNGKU 
Sebelum nak mandi dan berendam tu yaya siap-siap dah panaskan batu tungku di atas dapur. Api kecil sahaja. Baru die akan tahan lama panasnya, klu api besar nanti cepat sejuk dan berpotensi batu tersebut akan pecah. Jadi, bila habis mandi pakai baju kita boleh bertungku terus. Tak buang masa kan. 
Tungku bahagian rahim ni bagus, cepat keluar darah nifas kita. Mengecutkan rahim. Membaikpulih peranakkan kita. Buat cara sengkak. Dari bahagian ari-ari tu tekan bawak ke bawah pusat. Seolah-olah kita menaikkan rahim kita. Sangat lega lepas tu. 

Jangan lupa tungku sekali di bahagian lain seperti punggung, kaki, belakang badan. Yaya tungku siap boleh menyusukan anak sekali. Secara menyenget, tungkulah di bahagian belakang ke..punggung ke.. Mudah. 

BERBENGKUNG
Yaya pakai sendiri. Belajar sendiri. Bengkung jenis zig zag tu. Senang je pakai. Pakai masa kita lepas bertungku, pakai minyak, etc. Dalam keadaan baring atas katil, kita pakai. suami nak bantu pun yaya kata takpe..boleh buat sendiri. Hihi..
Masa anak pertama pakai bengkung jenis yg panjang tu. Tp masa tu pinjam mak mertua punya, jadi bidan la yang akan pakaikan. Sebab yaya tak reti nak pakai sendiri. Kali ni, yaya beli dari danita. Rm50 kalau tak silap. Boleh simpan, ada rezeki dapat baby boleh pakai lagi kan. Ada anak perempuan, boleh la bg anak pula nanti. Hihi. 

Oh! Ya, jangan lupa pakai stokin tau. Bagus elak untuk masuk angin dan bentan. Seeloknya stokin yang tebal. 

MAKAN 
Dah selesai, bolehlah makan pagi. Jangan lewat. Seeloknya sebelum pukul 8 dah makan. Takut nanti masuk angin. Lepas tu takut baby bangun nak menyusu. Sekurang-kurangnya waktu anak tidur boleh la kita makan dengan tenang kan. 

Bab masak ni ( masak nasi sebelum mandi. Elok makan nasi panas-panas dan nasi baru masak. Jangan makan nasi semalam ya ) .. Bahan masakan simple sahaja
 Yaya akan siapkan bahan-bahan dulu. Blend bawang, hiris halia, serai dan sebagainya.  

Pagi nak masak tu senang dah, terus masukkan shaja. Yaya suka makan asam rebus ikan tenggiri. Masak singgang. Masak sup sayur sawi ( bagus untuk milkbooster ) . tapi anda boleh cari resipi masakan berpantang yang lain. Terpulang. Jangan makan yang sejuk, tajam dan tak elok untuk berpantang sudah lah yer. ( buat research apa yang boleh, apa yang tak boleh makan )

Masak lebih, sampai malam punya lauk. Nak save buat sampai esok pagi punya makan. Untuk makan tengah hari esok boleh masak lambat sikit pun takpe kan. Dan mana tau anak-anak yang lain pun suka makan. Boleh join sama! 

MANDIKAN ANAK
Alhamdulillah.. Masa yaya berpantang sendiri ni suami banyak membantu. Tak payah suruh dia tau dah nak buat apa. Sebelum pergi kerja dia dah bantu macam-macam. Bab mandikan anak ni suami yang buat masa 2 minggu pertama tu. Lepas tu ya dah rasa kuat sikit, bolehlah mandikan pula. 

Yaya mandikan anak keadaan berdiri disingki. Letak bath tub tu disingki. Jadi senang kalau nak buang air mandian disitu, nak tadah air disitu. Alhamdulillah.. Memang memudahkan. Kadang-kadang kalau suami tak sempat mandikan pagi, ya akan mandikan anak dalam pukul 9/10 pagi mcm tu. Boleh je kan..Hihi

PAKAIAN ANAK
Sebelum nak mandikan anak tu, boleh la siap-siap bentang bedungnya, barut, pampers, baju, seluar, sarung tgn kakinya.. Tapi sy hanya pakaikan bedung, barut, dan stokin tgn kaki shja. Sebab bedung tu dah tebal. Nanti panas pulak anak tu berlapis-lapis kan. Tak pasal ruam pulak nanti. 

Buatkan satu tempat untuk baju-baju dan barang baby. Senang kita nak ambil. Tak campur dengan baju-baju kita ni. 

Baju kita, anak-anak yang lain bolehlah hantar dobi ke. Atau boleh basuh sendiri. Macam ya , basuh sendiri je.. Hihi.. ada masa sempat sidai, sidailah..kadang-kadang sidai dalam rumah je. Kering juga nanti. Terpulang. 

SUSUKAN ANAK
Bagi yang breastfeed baby ni memang anak akan melekat kat kita lama. Kadang sampai sejam lamanya. Sabarlah. Duduklah satu tempat yang boleh kita rehat sambil menyusukan anak. Letak bantal bawah tangan supaya tak lenguh. 
Sambil menyusu tu boleh la letak batu tungku di tapak kaki. Masih panas lagi tu. Sedap je rasa nanti. Lega. Hilang penat tau. 

BERURUT DENGAN BIDAN
Bagi ya, ini adalah antara perkara penting untuk dilakukan selepas bersalin. Bagus untuk menaikkan peranakkan kita. Kecutkan rahim. Sebab lepas kita bersalin ni banyak urat-urat putus, jadi nak kembalikan dan rehatkan badan kita dari penat bersalin eloklah berurut. 

Cari tukang urut yang bagus. Bidan yang berpengalaman. Bukan urut-urut sebarangan tau. Kang tak pasal-pasal badan lagi sakit. ( kalau ya, akan test urut dulu masa nagndung, supaya kita tau mcm mana uurutan die ) wah! Bukan main lagi kan.. Hihi. 

KERJA RUMAH / ANAK-ANAK
Nak mop rumah..Nak sapu rumah..Nak urus anak-anak..banyak benda nak buat ?? Masa berpantang ya memang tak galakkan untuk banyak bergerak. Kena jaga betul-betul proses berpantang ni. Elak bentan dan sakit-sakit badan dikemudian hari. 

Kalau boleh cari part-time maid atau pakej bidan yang siap jaga kita, baby, dan masakkan untuk kita bagi memudahkan kerja seharian. Suami juga boleh membantu. Tak jatuh martabat seorang suami tu pun kalau boleh tolong sapu mop rumah. Hihi..bertambah mulia  lagi jika suami buat begitu demi isteri dan anak-anak. 

MAKAN SUPPLEMEN / JAMU
Ini pun sangat penting, untuk sihat luaran perlulah sihat dalaman. Kalau orang dulu-dulu akan minum air akar dan sebagainya. Sekarang ni dah moden kita boleh makan supplemen tambahan atau jamu. 
Yaya semestinya makan SET BERPANTANG SHAKLEE. memang jatuh cinta sangat dengan set ni. Memang jamu moden. Banyak sangat manfaat kita dapat. 

Haa..inilah rutin harian ya masa berpantang sendiri. Kena disiplin, buat jadual sendiri. Tak boleh buang masa, jangan salah makan, jangan culas-culas tak buat ya. Sekarang memang kita rasa kita sihat sbb muda lagi. Tapi nanti umur 30an-40an da mula sakit-sakit badan. Sebab apa? Sebab kita tak berpantang betul-betul. 

Nak bentuk badan asal, nak berat badan sebelum mengandung, nak kembali sihat pantanglah betul-betul. Kuatkan semangat. Makan supplemen yang semulajadi. Semua membantu tau. Percayalah...

Mencari Set Berpantang Shaklee?? ( KLIK SINI )

Lihat juga : ibu ceaserean mampu sembuh dengan cepat

Apa yang utamanya adalah sokongan suami juga. Sewaktu berpantang adalah waktu rehat bagi ibu bersalin. Waktu ini emosi ibu tidak menentu. Bagi menggelakkan terjadinya meroyan atau bentan sehingga memudaratkan diri kita sendiri dan anak-anak eloklah kita melalui hari berpantang yang ceria serta bahagia.

Sebarang pertanyaan atau pesanan produk boleh hubungi /watsapp saya & saya akan memberi bimbingan serta konsultasi pada anda sehingga anda berjaya/mencapai target. Amiinn Ya Mujib! 
Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya! 

klik sini


You are not paying for the supplement, but you are investing on your health.

Pengedar Sah Shaklee Senawang / Seremban

Yaya Abd Aris
018 328 4995
Qisyaireen.blogspot.com




No comments:

Post a Comment

CARI DI SINI

Followers

TANYA DI SINI