Monday, March 13, 2017

Tips tingkatkan stamina dalam bersukan dengan cara yang betul

Aktiviti bersukan ini sebenarnya penting dalam kehidupan kita. Ketajaman minda, kecergasan otak semuanya bermula dari badan yang sihat dan cerdas. Gaya hidup yang aktif sebegini memberi impak positif serta peranan yang besar kepada seseorang itu.

Tetapi, bagaimana caranya untuk memastikan kita terus kekal bertenaga dan istiqomah dalam melakukan aktiviti sihat ini?


Tips dan faedah bersukan | kekalkan gaya hidup yang aktif

Banyak faedah yang kita akan perolehi dengan bersukan. Tidak semestinya untuk mengeluarkan peluh semata-mata dan untuk menguruskan badan tetapi kesihatan dalaman itu yang penting. Supaya minda kita, badan kita sentiasa dalam keadaan bertenaga, ringan dan boleh juga mengurangkan stress

Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan  permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.


Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran. Golongan profesional dan separa profesional dalam membangunkan negara sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. 

Penglibatan golongan kanak-kanak , remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Kegiatan sukan merupakan  langkah awal seperti kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung. Kegiatan sukan juga dapat membantu mereka yang telah menghidap penyakit untuk kembali pulih. 

TIPS UNTUK KEKALKAN STAMINA 
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
⭐ Orang yang suka bersukan mestilah mengambil air yang cukup. Kalau air tak cukup, nanti badan kita tak cukup oksigen yang boleh menyebabkan kita rasa penat sangat. Kita mesti minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari untuk memastikan badan kita sentiasa segar dan terhidrat. Barulah gembira nak bersukan hari-hari.

Pengambilan Performance Drinks adalah paling terbaik. Performance Drinks memang sangat membantu untuk mengekalkan cecair dalam badan kita supaya kita tak dehydrated. PD nie fungsinya lebih kurang sama macam 100 plus, tapi lebih baik dari tu sebab ia mengekalkan paras gula dalam darah kita untuk memberikan tenaga yang lebih lama.

 

⭐ Selain dari minum air yang banyak, kita juga mestilah makan makanan yang seimbang. Mesti cukup bahagian karbohidrat, protein, lemak, dan zat besi. Selain itu, kita mestilah rajin-rajin makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk memastikan badan kita mendapat serat dan juga vitamin yang cukup. Ini kerana makanan yang seimbang membantu memberikan tenaga yang berpanjangan untuk badan kita supaya kita boleh bersukan hari-hari.


Tidur yang cukup juga penting untuk tubuh badan kita. Kita memerlukan tidur sekurang-kurangnya 6 -8 jam sehari untuk memastikan badan kita mendapat rehat yang mencukupi. Kalau tidur cukup, badan kita pun segar je esok hari. Jangan terlebih tidur sudahlah. Nanti lagi penat badan kita tu.


Aktiviti regangan (warm up) pun adalah penting untuk memastikan otot-otot badan kita bersedia untuk memulakan aktiviti sukan. Takdelah nanti otot kita terkejut tiba-tiba terus berlari. Tapi kena ingat, aktiviti regangan nie mesti dilakukan pada awal nak bersukan dan juga apabila tamat bersukan supaya badan kita cool down semula.


Yang paling penting, kita mesti mengambil suplement yang betul untuk memberi tenaga kepada kita. Inilah suplement-suplement yang sangat membantu dalam mengekalkan badan yang aktif dan cergas walaupun kita bersukan. Bersukan sahaja tidak cukup, kita perlukan suplement yang boleh membantu kita dalam mengekalkan tenaga sepanjang kita bersukan.


Supplemen shaklee terbukti berkesan dan banyak membantu para atlit untuk kekalkan stamina. 


Antara atlit dunia yang mengamalkan pengambilan supplemen shaklee. Mereka mengambilnya kerana yakin akan keberkesanan produk Shaklee untuk meningkatkan prestasi mereka dan menjaga kesihatan mereka.

Ini menunjukkan produk Shaklee tiada dadah terlarang dan semua produk yang diambil adalah sama dengan yang dimakan oleh kita. 


Oleh yang demikian, marilah kita menjaga tahap kesihatan kita dengan bersukan. sekurang-kurangnya seminggu 3 hari kita boleh bersenam / bersukan dan melakukan aktiviti riadah. Demi menjaga kesihatan dalaman pula, anda boleh mengamalkan pengambilan supplemen yang betul bagi meningkatkan stamina serta meningkatkan prestasi dalam kehidupan kita.

Sedangkan para atlet terhebat, ahli sukan Olimpik dan pengembara dunia mengakui kehebatan suplemen Shaklee dalam memberi tenaga dan membantu mereka memperolehi pencapaian luarbiasa.

Sebarang pertanyaan atau pesanan produk boleh hubungi /watsapp saya & saya akan memberi bimbingan serta konsultasi pada anda sehingga anda berjaya/mencapai target. Amiinn Ya Mujib! 


Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya! 



You are not paying for the supplement, but you are investing on your health.

Pengedar Sah Shaklee Senawang / Seremban

Yaya Abd Aris
018 328 4995
Qisyaireen.blogspot.com







2 comments:

  1. Ermmmm sejak duduk rumah ni memang dah lama sangat tak bersukan. rasa macam berat sangat badan ni haih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..lepas ni blh la rajin2kan diri tuk beriadah kan.. =)

      Delete

CARI DI SINI

Followers

TANYA DI SINI