Friday, April 7, 2017

APA ITU ASID AMINO ? APA FUNGSI PADA TUBUH MANUSIA?

Selalu tak dengar perkataan asid amino ni? Mesti kita tertanya-tanya kan apa mendanya asid amino ni haa.. Konpius dibuatnya. Benda baik ke tidak ni kan ??
Apa itu asid amino? Apa fungsi pada tubuh badan manusia?
APA MAKSUD ASID AMINO ??

Asid amino adalah kimia protein blok binaan dan boleh dipanggil blok binaan untuk kehidupan. Tubuh kita dibangunkan oleh blok-blok binaan ini. 
Setelah diserap ke dalam badan, asid-asid amino ini akan digunakan untuk membentuk pelbagai jenis protein yang diperlukan badan seperti hemoglobin, enzim, hormon, dan otot. 

Dalam bentuk protein, asid amino merupakan komponen yang kedua terbesar (air merupakan yang terbesar) dalam struktur otot manusia, sel dan tisu.Selain protein, asid amino penting dalam proses pengangkutan neurotransmitter dan biosintesis.

Ia terdapat dalam sumber makanan seperti daging, susu, sayuran, buah-buahan dan bijirin kekacang.
Sejarahnya, asid amino ni mula dikenal pasti sejak awal abad ke-19. Pada 1806, ahli kimia Perancis Louis-Nicolas Vauquelin dan Pierre Jean Robiquet berjaya mengasingkan sebatian dalam asparagus yang kemudiannya dinamakan asparagine, yang merupakan asid amino yang pertama yang dikenal pasti.

APAKAH FUNGSI ASID AMINO ??

Asid amino merupakan komponen utama dalam pelbagai metabolisma. Walaupun ia terdiri daripada pelbagai jenis metabolisma tetapi dikategorikan sebagai fungsi daripada asid amino kerana ia merupakan sebahagian daripada pusat kompleks dan sistem biologi.
Fungsi dan penggunaan asid amino lain bergantung pada asid-asid amino, unsur-unsur mineral, karbohidrat dan asid lemak dan mempunyai kesan tidak langsung yang dimanifestasikan dalam pelbagai metabolisma.

Jika anda tidak mendapat asid amino yang cukup dalam diet anda, kesihatan anda boleh terjejas. Asid amino penting yang rendah dikaitkan dengan gejala seperti keresahan, penumpuan yang lemah, keletihan, kemurungan, dan ketidakseimbangan hormon
Asid amino boleh dipecahkan kepada dua kumpulan: yang perlu dan tidak diperlukan. Istilah yang perlu sebenarnya tidak ada apa-apa kaitan dengan kepentingan asid amino, sama ada badan dapat mengeluarkannya atau tidak. Asid amino yang diperlukan tidak dapat dihasilkan oleh badan, jadi kita perlu ambil melalui pemakanan. Asid amino yang tidak diperlukan boleh dihasilkan oleh badan jika bahan yang sesuai disediakan.

Asid Amino ini terbahagi kepada beberapa kumpulan utama:

1)Asid Amino Perlu (Essential) iaitu Asid Amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Perlu diambil dari diet pemakanan kita seharian seperti daging,susu, sayuran,buah-buahan dan bijirin.

Terdapat 9 ASID AMINO PERLU iaitu:

   HISTIDINE 
Dianggap sebagai metalloprotein iaitu asid amino yang boleh membawa bahan logam zat besi dan kuprum dalam darah.
Meningkatkan tahap penyerapan kalsium,menurunkan paras hormone histamine dan mengawal diarrhea atau cirit -birit.

                            ISOLEUCINE                               Mengawal gula dalam darah untuk sintesis hemoglobin bagi menghasilkan tenaga.

   METHIONINE   
Menghasilkan sulfur untuk metabolism normal tubuh badan. Melakukan sintesis hemoglobin dan gluthathione untuk melawan radikal bebas.

 LYSINE
Melakukan sintesis karnitin yang menukarkan asid lemak kepada tenaga.
Berperanan menghasilkan hormon, antibodi dan enzim.

 LEUCINE
Antara tiga asid amino yang berfungsi meningkatkan fungsi jisim otot dan membantu memulihkan otot selepas bersenam. Mengawal gula dalam darah untuk sintesis hemoglobin bagi menghasilkan tenaga.

  PHENYLALANINE
Terdiri dari tiga jenis: D Phenylalanine, L-Phenylalanine dan DL-Phenylalanine.
Asid amino ini merangsang penghasilan hormon catecholamine yang bertindak mengawal sistem saraf pusat dan saraf periferal.

  THREONINE 
Asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan asid amino lain bagi membantu penghasilan kolagen.
Turut menghasilkan antibodi.

 VALINE 
 Penting untuk metabolisme otot dan membaikpulih tisu rosak.

TRYPTOPAN 
Asid amino terbesar yang berkaitrapat dengan hormon serotonin dan melatonin,bermaksud ia membantu mengawal perasan dan aktiviti tidur.

2)Asid Amino Tidak Perlu (Non Essential) Iaitu Asid Amino yang dapat dihasilkan daripada asid amino yang lain. Tidak diperlukan dari diet pemakanan.

Terdapat 5 ASID AMINO TAK PERLU iaitu :

ALANINE
 Menghapuskan toksin yang dikeluarkan oleh otot ketika bersenam supaya hati dapat melakukan metabolism penyingkiran toksin daripada tubuh.
Mengawal paras kolestrol dalam tubuh.

ASPARAGINE
 Memelihara sistem keseimbangan saraf.
Terlibat dalam proses detoksifikasi dan mengawal kadar metabolism.

ASID ASPARTIC
 Melawan keletihan dan  kemurungan akibat stress. Meningkatkan tahap metabolism. Bertindak dalam sintesis asid amino lain.

ASID GLUTAMIC 
Meningkatkan metabolism dan fungsi otak. Penukaran kepada glutamine membantu menyingkirkan bahan toksik ammonia dalam tubuh.

GLYCINE
Memastikan perkembangan dan fungsi sel baik. Membantu proses penghadaman. Membantu menghasilkan kolagen untuk kulit kekal elastik dan memelihara penyembuhan sel kulit.

3)Asid Amino Terkondisi 

Tergolong dalam kumpulan asid amino tak perlu, tetapi ianya hanya hadir dalam keadaan tertentu sahaja seperti ketika stress dan sakit.

Terdapat 8 jenis asid amino terkondisi:

ARGININE
Bertindakbalas dengan nitrik oksida yang penting dalam menggalakkan pertumbuhan rambut. Membantu mengurangkan rintangan insulin dan mengawal paras glukosa.

CYSTEINE
Terlibat dalam detoksifikasi dan antioksidan. Memberi kekuatan pada rambut,kuku dan kulit.

GLUTAMIN
Membantu dalam penghasilan gluthatione. Berfungsi dalam antipenuaan, memperbaki fungsi otak dan imunisasi sistem penghadaman.
Meningkatkan daya tahan lapar.

PYRROLYSINE 
Sejenis proteinogenic misteri yang terlibat dalam pembentukkan kod genetik.

PROLINE
Membantu regeneratif sel baru bagi mengelakkan kulit berkedut dan sentiasa tegang. Menyokong pembentukkan kolagen dan rawan bagi kelenturan sendi dan otot.

SELENOCYSTEINE
Bertindak dalam fungsi antioksidan.
Diperlukan tubuh dalam membentuk selenium yang berguna untuk menyingkirkan bahan toksik merkuri dan meningkatkan fungsi hati.

SERINE
Meningkatkan fungsi otak,mengawal kestabilan mental dan emosi. Membantu pembentukkan otot dan sistem imunisasi.

TYROSINE
Penting dalam penghasilan hormone tiroid untuk stimulate metabolism sel dan tisu. Terlibat dengan sintesis melanin yang berperanan dengan pigmen kulit, mata dan rambut.

Demikian serba sedikit tentang asid amino. Kalau nak cerita lebih detail lagi memang banyak. Semua asid amino melaksanakan fungsi penting dalam badan. Ia bekerja lebih baik apabila anda mengambil semua jenis asid amino, jadi ia adalah penting untuk mendapatkan pelbagai protein dalam diet anda. Protein dalam makanan yang mengandungi semua asid amino dipanggil protein lengkap.









1 comment:

CARI DI SINI

Followers

TANYA DI SINI