Friday, December 15, 2017

KENALI SHAKLEE DAN PEMILIK SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah kita masih diberikan kesihatan yang baik. Mampu dan tabah meneruskan kehidupan kita, melaksanakan tanggungjawab kita hendaknya. 
kenali shaklee dan pemilik shaklee masa kini
Ada yang sudah mencuba rangkaian produk shaklee selama bertahun lamanya.. alhamdulillah kita temu produk yang benar-benar selamat dan berkesan buat kesihatan kita. tetapi ada juga yang masih belum dan masih baru ingin mengenal produk shaklee..tak mengapa, masih belum terlambat kan.. tapi sebelum kita kenal dengan produk shaklee kita mesti tertanya-tanya kan tentang siapakah CEO shaklee ni?? siapa pemiliknya?? shaklee tu apa?? saya akan terangkan serba sedikit tentang shaklee dan siapa pemilik Shaklee Corporation pada masa kini. 

APA ITU SHAKLEE ??
Shaklee adalah syarikat pemakanan semulajadi No.1 di amerika syarikat. Syarikat shaklee menjual dan memasarkan supplemen-supplemen semulajadi yang mempunyai 1001 khasiat untuk kehidupan yang lebih lama, sihat & produktif. Haaa...bestkan! Mcm ada orang yang take care dengan kita.. *senyum bahagia*

shaklee adalah syarikat yang tepat dalam industri yang tepat pada masa yang tepat. wah! Dr. Forrest C Shaklee mempelopori supplemen pada tahun 1951 dan konsep pemasaran MLM pada tahun 1956. Pada penghujung tahun 60an syarikat shaklee adalah didalam momentum yang amat kuat untuk mejadi syarikat kedua paling pesat berkembang di Amerika Syarikat.

 Syarikat ini merupakan ahli NYSE & Fortune 500. Shaklee telah menjadi pemimpin dunia dalam ledakan pasaran kesihatan & Wellness. Reputasi produk-produk shaklee memang tiada tandingan dengan integriti dan kualitinya. itulah serba sedikit tentang syarikat shaklee. 

SIAPA PEMILIK SYARIKAT SHAKLEE NI ?
Pemilik Shaklee Corporation pada waktu kini.

LATAR BELAKANG ROGER BARNETT
Beliau adalah seorang billionaire muda yang berusia 51 tahun. Belatar belakangkan dari keluarga yang kaya. Usahawan. Mencari syarikat yang berpotensi untuk dikembangkan memang menjadi cita-cita seorang bisnesman. Roger mempunyai banyak syarikat lain lagi. Orang-orang kaya sana membina kekayaan berterusan bukan sekadar jadi founder syarikat semata-mata tapi dengan cara membeli dan membangunkan syarikat lain juga.

Beliau seorang pemegang ijazah sarjana muda dari Yale College, Ijazah undang-undang dari Yale Law School dan MBA dari Harvard Business School.

Beliau memulakan kerjayanya difirma perbankan pelaburan, Lazard Freres & Co dimana beliau telah mengenalpasti Arked Inc, Sebuah syarikat pewangian sebagai satu peluang pelaburan. Sepanjang tempoh enam tahun beliau bertindak sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat ini. Arcade telah berubah menjadi syarikat pewangian yang terbesar didunia, berkembang daripada operasi di Amerika Syarikat semata-mata kepada perniagaan global.

Beliau juga Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Beauty.com, yang terus menjadi salah satu daripada peruncit internet utama dalam industri kosmetik. Roger dan keluarganya telah membangunkan satu syarikat bernilai US$9,000,000,000 dan 3 syarikat bernilai lebih daripada US$2 bilion setiap satu. 

Beliau telah dipilih sebagai Global Leader For Tommorrow oleh World Economic Forum (Davos) dan merupakan ahli komuniti pelaburan peribadi mereka. Beliau juga telah terpilih sebagai Young Leader Forum Fellow oleh U.S Council on China Relations, dan merupakan ahli Young President Association. Beliau juga ahli Lembaga Pengarah Persatuan Opera Metropolitan , Ahli Majlis penasihat kesihatan Columbia Presbyterian hospital, serta ahli Lembaga Kelab Harvard Business School of NY.

DI UJI DENGAN PENYAKIT ANAKNYA (SPENCER)
Bermula apabila anaknya Spencer berusia 3 tahun mula batuk-batuk ( tanda mempunyai masalah pernafasan ). Mereka telah membawa spencer ke hospital dan mendapati bahawa spencer mempunyai penyakit yang berkaitan dengan asma. Bayangkan betapa risaunya mereka bila simptom asma melanda anak mereka secara tiba-tiba sampai masuk ke emergency hospital. 

Mereka balik bertanyakan ahli keluarga hingga sejarah 4 generasi keluarga kerana nak tahu jika ia disebabkan oleh genetik. Namun, tiada seorang pun yang mengalami masalah sedemikian mahupun masalah alergik pada makanan, kemungkinan besar spencer mendapat penyakit tersebut yang disebabkan oleh persekitaran yang tidak sihat dan bertoksik.


Akhirnya basic-h mengubah segalanya. Mereka hanya menggunakan cecair basic-h untuk semua kerja pembersihan di rumah mereka. Tahap kesihatan spencer beransur pulih dan tidak perlu lagi menjalani rawatan di hospital. Dek kerana produk shaklee yang selamat dan berkesan itu menjadi 'penawar' buat penyakit anaknya maka Roger barnett membuat keputusan untuk beli syarikat Shaklee.
ROGER BARNETT BELI SYARIKAT SHAKLEE
Pleasanton - shaklee corporation telah dijual oleh syarikat induknya Yamanouchi Pharmaceutical kepada sekumpulan pelabur swasta untuk US$310,000,000. Syarikat yang berpangkalan di pleasanton dibeli oleh firma ekuiti persendirian Ripllewood Holdings dan Activated Holdings. Roger Barnett , Rakan pengurusan Activated Holdings menjadi ketua pehawai eksekutif shaklee.

Barnett merujuk kepada shaklee sebagai ' permata mahkota ' industri pemasaran rangkaian dalam satu kenyataan yang tekah direkodkan. Barnett berkata syarikatnya telah meneliti 75 syarikat yang berbeza di seluruh industri ini sebelum membuat keputusan mengenai Shaklee.

Roger barnett berusia 39 tahun pada ketika itu. Beliau adalah Rakan Urusan Activated Holdings LLC, kenderaan pelaburan bagi syarikat keluarga pengangan swasta yang menguasai lebih daripada US$2 billion dalam bentuk aset.
Slaon barnett juga berkongsi kebaikan produk shaklee dengan orang lain.

KENAPA BELIAU BELI SHAKLEE??
Roger membeli syarikat shaklee kerana dia suka konsep pemasaran ini dan percaya ia adalah cara MASA DEPAN. Matlamat beliau adalah untuk menjadikan Shaklee #No.1 di dunia. Dia berkata "Saya amat yakin dengan potensi pertumbuhan kami adalah yang paling besar dalam industri kita."

Shaklee adalah syarikat yang amat sempurna pada kedudukan dalam industri ini. Kami mempunyai sejarah yang terbaik dan masa depan yang amat cerah. Syarikat-syarikat besar dalam industri ini juga telah menjadi hebat oleh pengasas mereka. Walaupun shaklee ditubuhkan sebelum Roger Barnett dilahirkan, Shaklee kini adalah bayinya dan dengan bakat, visi serta semangat beliau, mampu menjadikan shaklee sebagai syarikat #1 di dunia.

Roger barnett Telah komited untuk memindahkan keluarganya ke Pleasanton, California untuk menjadi ketua pegawai eksekutif syarikat shaklee. Beliau melihat ini sebagai pelaburan strategik jangka masa panjang dan berkata " Saya tidak mahu menjual syarikat ini. Satu hari jika dia layak saya ingin menurunkan syarikat ini kepada anak saya spencer." Spencer waktu itu hanyalah berumur 3 tahun.

PENCETUS IDEA BUAT LANDMARK STUDY
Bagaimana ia bermula...
Roger Barnett membeli shaklee pada tahun 2004 , beliau sering mendengar para pengguna supplemen shaklee mengatakan tentang fenomena produk shaklee yang amat bagus dan amat baik untuk kesihatan. Walau bagaimanapun, tiada bukti ke atas pernyataan tersebut atau ianya hanyalah sekadar khabar angin semata-mata. Oleh kerana itu, beliau mengambil keputusan untuk membiayai kajian komprehensif bagi membandingkan antara pengguna jangka panjang supplemen shaklee dengan pengguna yang lain.

Roger punya harapan yang tinggi pada syarikat shaklee. Sebab beliau nampak ciri-ciri yang bagus yang ada pada produk shaklee. Pada tahun 2007 mulanya tercetus idea landmark study.

BACA SINI --->> APA ITU LANDMARK STUDY

BAGAIMANA KAJIAN INI DIJALANKAN??
Ia telah dikendalikan melalui pengumpulan data secara atas talian dengan pakar epidemiologi nutrisi yang terkenal iaitu Dr. Gladys Block, Ph.D dari UC-Berkeley, Fakulti Bahagian Kesihatan Awam.

• ‎Data sebanyak 602 orang dari gabungan bukan pengguna dan 176 orang pengguna satu jenis supplemen telah diambil daripada kajian Pemeriksaan nutrisi dan Kesihatan Kebangsaan (NHANES).

• ‎Kajian pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Kebangsaan (NHANES) mempunyai data yang terperinci daripada kajian yang telah dijalankan sebelumnya ke atas para pengguna tidak mengambil supplemen dengan para pengguna mengambil sejenis supplemen. Roger mahukan kajian ketiga bagi NHANES, jadi terdapat 3 kumpulan yang dibandingkan:
>>> 1. Pengguna yang tidak mengambil supplemen.
>>> 2. Pengguna yang mengambil 1 jenis supplemen sahaja.
>>> 3. Pengguna supplemen shaklee dalam masa yang panjang.

• Maklumat berkenaan diet dan pengambilan supplemen, senaman, status kesihatan telah diperoleh melalui borang kajiselidik secara atas talian dan pemeriksaan fizikal dijalankan terhadap 278 orang yang berumur lebih daripada 20 tahun yang mengambil pelbagai supplemen shaklee dalam jangka masa yang panjang.

• UC-Barkeley menyemak semua statistik, menganalisa semua darah yang diambil, menulis kajian dan mempunyai kawalan penuh terhadap keputusan yang dihasilkan. Shaklee hanya membiayai kajian tersebut, dan keputusan yang diperolehi tidak hanya berpihak kepada shaklee.

• Bila kajian tersebut selesai, UC Berkeley telah mengubungi penerbit shaklee mahukan ianya menyemak oleh penilai sejawat - piawaian penting untuk semua ujikaji klinikal dimana panel para pakar saintifik bebas mengakses data, bagi memastikan ketepatan data yang dihasilkan. Diterbitkan didalam JURNAL NUTRISI PADA TAHUN 2007.

Dan hasilnya..?? Amat mengagumkan! Ia menunjukkan bahawa para pengguna supplemen shaklee jangka masa panjang mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil multivitamin lain atau tidak mengambil apa-apa jenis supplemen. Anda boleh lihat pada link Landmark Study diatas tadi.

APA YANG MEMBUAT SHAKLEE BERBEZA?
Misi kami di shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang tak kira sesiapa Sahaja. Produk semulajadi yang begitu luar biasa. Setiap produk shaklee direka untuk meningkatkan  kesihatan, berfungsi tanpa kompromi dan mesra alam.

 Jawapan yang lebih lengkap lagi..:
• Sebagai syarikat pemakanan semulajadi no.1.
• ‎Syarikat pertama didunia yang diperakui Climate Neutral™ ( pengimbangan pelepasan karbon secara total untuk beri kesan impak 0 pada alam sekitar)
• ‎Menjana 54 pingat emas di sukan olimpik dengan produk shaklee
• ‎Melabur lebih daripada US$ 250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.
• ‎Ujian untuk ketulenan dan keselamatan produk dengan lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun.
• ‎Bergabung tenaga dengan pengembara Jacques Cousteau, Nobel Laureate Dr Wangari Maathai Nobel keamanan 2004 serta penyokong bumi lain.
• ‎Memenangi anugerah untuk amalan perniagaan yang mampan dan reka bentuk dalaman yang mesra alam untuk ibu pejabat sedunia kami.
• ‎Mengitar semula 1,000,000 paun kadbod daripada syarikat-syarikat lain.
• ‎Dan yang paling seronok sekali dengan perniagaan shaklee ini kita bebas buat dimana sahaja. boleh bekerja dari rumah. Dalam masa yang sama kita membantu orang lain dari segi kesihatan dan kewangan.
• ‎Shaklee menawarkan peluang pendapatan, perjalanan mewah, pengiktarafan serta dalam masa yang sama kita telah membuat sesuatu perbezaan untuk planet ini.
• ‎Sentiasa SELAMAT , BERKESAN DAN SEMULAJADI. Shaklee telah menerbitkan jurnal penyelidikan saintifik. 
Ini telah menunjukkan komitmen kami dalam penyelidikan dan pembangunan produk, untuk memastikan keberkesanan produk. Lebih 100 jurnal penyelidikan telah diterbitkan.

BACA SINI -->>SIAPA PENGASAS SHAKLEE

Sebarang pertanyaan atau pesanan produk boleh hubungi /watsapp saya & saya akan memberi bimbingan serta konsultasi pada anda sehingga anda berjaya/mencapai target. 
Amiinn Ya Mujib! 

Founder at HealbeauThy Family 
- The Achiever -

Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya! 
 klik sini

You are not paying for the supplement, but you are investing on your health.

Pengedar Sah Shaklee Senawang / Seremban

Pengeposan seluruh malaysia termasuk Sabah & Sarawak

Yaya Abd Aris
018 328 4995
Qisyaireen.blogspot.com



















No comments:

Post a Comment

CARI DI SINI

Followers

TANYA DI SINI