Saturday, April 1, 2017

ATASI MASALAH JERAWAT DENGAN CEPAT DAN BERKESAN | SET JERAWAT SHAKLEE

Wajah yang bersih, tidak mempunyai cela atau jerawat adalah dambaan setiap orang. Bila jerawat timbul, ianya sangat menggangu dan menjejaskan keperibadian kita kan. Dek kerana jerawat boleh mempengaruhi keyakinan seseorang tu. Jadi janganlah terlalu risau dan panik bila ada masalah jerawat ya.. InSyaaAllah ianya boleh diatasi. 
ATASI MASALAH JERAWAT DENGAN CEPAT DAN BERKSEAN | SET JERAWAT SHAKLEE
Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. 
Jerawat atau dalam bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.)

Apabila whiteheads tu dicemari oleh kekotoran sedangkan ia berada dalam keadaan berminyak dan lembab, bintik putih tersebut akan mudah bertukar menjadi bintik hitam iaitu black head. Black heads mengandungi sumbatan sebum (iaitu bahan berlemak yang dihasikan oleh kelenjar minyak). 


Pada kebiasaannya, blackhead sukar untuk dikeluarkan kerana ruang folikel yang kecil jika dibandingkan dengan saiz bintik hitam yang besar. Apabila kandungan sebum dibawah/dalam ruang folikel itu bertambah maka ruang folikel itu akan terhakis dari dalam dan membesar, maka ia akan menyebabkan kecedaraan pada kulit lalu menyebabkan nanah dalaman dan akhirnya terbentuklah jerawat. 

KENALI PUNCA JERAWAT DI WAJAH
PUNCA MASALAH JERAWAT
1. Masalah hormon
Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Hmm...sebab tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.

2. Masalah Jangkitan Bakteria
Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan  bakteria ini ke bahagian yang lain pula.

3. Pengambilan makanan
Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.

4. Stress
Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.

5. Penggunaan kosmetik dan alat solek
Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.

6. Pancaran cahaya matahari
Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada anda boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma anda juga tersumbat.

7. Pakaian
Haa..jangan tak tau..pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih. Bukanlah bermaksud anda perlu mendedahkan aurat yer..

Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit anda secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat..selain menjaga maruah dan keaiban diri(Mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat). Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan.


Dah tau puncanya, kan? So, kalau boleh elak, kita elakkan. Kalau dah ada jerawat, bagaimana pula cara nak mengatasinya atau menghilangkan jerawat dengan berkesan?
MENCEGAH & MERAWAT JERAWAT
Ada banyak tips sebenarnya nak pulihkan kulit wajah dari jerawat, jeragat , kusam dan sebagainya ni. Ada yang menggunakan cara tradisional..tak dinafikan ianya menjadi juga cuma perbezaannya adalah cepat dan lambat. Dan keberkesanan itu bergantung kepada tubuh badan serta tahap keperluan nutrisi seseorang itu juga. 

Prosesnya perlulah dari dalaman juga.Kalau tak nanti lepas 1 pun tak reda dah timbul lagi 1 kan..takpun jadi lagi teruk, bernanah dan meninggalkan lubang yang teruk pada kulit. 

Lihat sini --->>> MASKER YANG BOLEH MEMBANTU MERAWAT DAN MENCERAHKAN KULIT

haa..tang buat masker ni pun menjadi antara feberet saya tau. Setiap malam harus buat. Sampai anak-anak pun lali dah..tak herannya kita comot-comot kat muka tu.. Katanya 'ubat ibu'. Hihi.. Memang best dgn hasilnya. Tapi kenalah top up dengan nutrisi yang sebetulnya. Agar kekal dan terhindar dari masalah-masalah kulit wajah ni. 

AMALAN SUPLEMEN TAMBAHAN SANGAT MEMBANTU 
Bila keperluan mencukupi, mudah sel-sel tubuh badan kita ni nak bekerja. Kata mudahnya, dah berjerawat nak pulihkan tapi protein takdak macam mana nak ganti sel baru?? Atau pun kita nak redakan tapi dalam badan kita penuh toksin. Simpan toksin dalam badan memang akan jadi punca masalah jerawat. Bukan jerawat je tau, termasuklah lemah tubuh badan,  resdung, lesu, sembelit, cepat mengantuk, masalah haid bagi wanita & banyak lagi. 

SHAKLEE BOLEH MEMBANTU
Terdapat banyak pilihan vitamin daripada Shaklee yang boleh membantu mengatasi masalah jerawat. 
Berikut merupakan vitamin Shaklee yang sesuai untuk masalah jerawat kronik:
GLA Complex - GLA Complex membantu mengekalkan kestabilan bendalir semulajadi dan mencegah kehilangannya dari badan. GLA Complex juga berperanan memastikan kulit sentiasa lembap dan berfungsi memperbaiki sempadan bendalir kulit. Memandangkan ia juga berperanan mengawal dan mengatur semula hormon tubuh, GLA Complex mampu merencat hormon pada kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Antara tanda hormon tidak stabil ialah kemunculan jerawat yang banyak terutama semasa kedatangan haid.
SR Vita-C Plus - Vitamin C membantu mengatasi kulit jerawat dengan 2 cara iaitu bertindak sebagai antioksidan dan menghasilkan sintesis kolagen. Sebagai antioksida, Vitamin C akan menghalang sebarang radikal bebas dan kekotoran dari merosakkan kulit. Disebabkan kulit terdedah kepada pencemaran, toksin dan juga bertindak sebagai pintu keluar bagi toksin, maka ianya perlulah dilindungi secara konsisten.
Radikal bebas yang meningkat di kawasan kulit akan meningkatkan pengeluaran sebum dan akhirnya jerawat terjadi.
ESP - ESP adalah sumber protin, diperlukan untuk menghasilkan sel-sel baru bagi kulit. ESP memang satu cadangan terbaik untuk merawat kulit kerana sel kulit akan mati dalam masa 21 hari. ESP diperlukan untuk merawat kulit yg rosak akibat dari jerawat
Collagen Powder - Collagen Powder Shaklee adalah suplemen collagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Collagen Shaklee bermolekul sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan
B-Complex - penyebab jerawat adalah kurang B6. B-Complex lengkap dengan kesemua 8 vitamin B yang diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut. Ia juga bagus bagi penghidap jerawat kronik kerana B-Complex mampu mencegah stress.
Vita-E Complex - vitamin E melambatkan proses penuaan (vitamin awet muda), mengurangkan parut, mengatasi masalah whitehead dan blackhead yang menjadi punca jerawat, mencegah segala pertumbuhan abnormal sel, mempercepat proses baik luka (jerawat) dan membantu pengaliran darah dengan lebih lancar.
Alfalfa Complex - Bertindak sebagai agen detoks semulajadi. Membuang segala toksin dari badan. Jerawat berlaku disebabkan kehadiran toksin dalam badan. Membantu meneutralkan asid dalam badan dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh bagi mengelak pertumbuhan jerawat berulang.

Jika anda perlukan konsultasi vitamin yang sesuai dengan keadaan jerawat dan bajet anda jangan malu jangan segan untuk watsapp saya. Penjagaan kulit wajah amat penting tak kira pada golongan lelaki mahupun wanita. Masalah-masalah seperti resdung juga menjadi faktor terjadinya jerawat ni. 

APA KATA MEREKA ??
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Masalah resdung beransur pulih dan jerawat semakin pudar.. 








Haa..nak lagi?? Siap video sekali saya tunjuk..
>>>> KLIK SINI <<<<



Sebarang pertanyaan atau pesanan produk boleh hubungi /watsapp saya & saya akan memberi bimbingan serta konsultasi pada anda sehingga anda berjaya/mencapai target. Amiinn Ya Mujib! 
Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya! 

 klik sini


You are not paying for the supplement, but you are investing on your health.

Pengedar Sah Shaklee Senawang / Seremban

Pengeposan seluruh malaysia termasuk Sabah & Sarawak

Yaya Abd Aris
018 328 4995

Qisyaireen.blogspot.com








2 comments:

  1. hai Yaya. Tm ksh entry yang best. Saya pun pakai Shaklee Youth Skin Care. Alhamdulillah masalah jeragat dah kurang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haii..best kan pakai youth skincare ni. memang terasa sangat perubahan tu.alhamdulillah,shaklee memang sangat membantu masalah kulit ni.

      Delete

CARI DI SINI

Followers

TANYA DI SINI