Saturday, October 7, 2017

SIAPA PENGASAS SHAKLEE? Kisah tragik disebalik hidup Dr. Forrest C Shaklee

Dr. Forrest C shaklee adalah pengasas Syarikat shaklee pada tahun 1956 semasa berusia 61 dan hidup untuk melihatnya berubah menjadi sebuah syarikat fortune 500 dalam usia 80-an beliau. Dr. Forrest c shaklee adalah seorang yang berbilang bakat , laluan kerjaya yang pelbagai. Setiap pengalaman membantu membentuk wawasan beliau. Hari ini , falsafah shaklee " Better You Better World " mencerminkan secara lansung visi awal Doktor Forrest C. Shaklee.  
Siapakah pengasas shaklee? Kisah tragik disebalik hidup Dr. Forrest C Shaklee
LATAR BELAKANG DR. FORREST C SHAKLEE
Dr. Forrest Clell Shaklee lahir pada bulan November 1894 di Carlisle, Iowa. Anak kedua daripada perkongsian hidup Robert & Martha Shaklee. Mempunyai seorang abang Ralph yang lahir pada tahun 1889, dan seorang adik perempuan Cecily yang lahir pada tahun 1897. Zaman kanak-kanak beliau tidak seperti kanak-kanak yang lain. Beliau mengahadapi waktu yang sukar sejak dari kecil lagi. 
SEMANGAT KEHIDUPAN DR. FORREST C SHAKLEE
Semasa beliau dilahirkan , beliau disahkan mengidap Tuberculosis ( batuk kering ). Doktor meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun sahaja. Puncanya adalah kerana persekitaran tempat tinggal beliau di iowa itu berdebu dan kotor dengan bandar perlombongan arang batu. 

Apabila beliau dilahirkan, beliau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk hidup. Bidan berulang kali berusaha  untuk meransang pernafasan dengan bantuan pernafasan. 

"PROGNOSIS"...." The case is hopeless..this baby cannot be expected to live long... his short life will be living death"
Tetapi dengan semangat yang tinggi ibu bapanya, cinta dan kasih sayang kepada anaknya, mereka membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisle ke utara Iowa. Kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi. Tanpa bergantung pada hospital atau ubat-ubatan, Forrest diberikan diet makanan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan herba. Dia perlu didedahkan dengan udara yang bersih, menghabiskan waktu diluar, diluar kawasan bandar Iowa. Inilah zaman pemulihan beliau. Hidup berharmoni dengan alam menjadi satu cara hidup dalam tahun pembentukan beliau. 
Kerana semangat juang ibunya yang tidak pernah kenal erti penat, dia terus percaya dan cuba mengubati anaknya dengan bermacam-macam cara. Ibunya menggabungkan banyak herba terpilih ke dalam pemakanan Dr Forrest yang mana telah dipelajari daripada ibu dan neneknya. Dia mengurut seluruh badan kecil Forrest berulang kali dengan minyak dan ramuan herba. Selagi dia bernafas dia mempunyai harapan. Dia tidak boleh menerima pendapat doktor bahawa anaknya akan mati. 

Dan akhirnya pada umur 4 tahun, beliau boleh duduk dengan sendirinya..Untuk pertama kali..pasti sebak dan bersyukurnya kedua ibu bapa beliau ketika itu. Kerana kalau diikutkan pada waktu dulu penyakit batuk kering (tb) ini memang tiada ubat. sama seperti penyakit kusta. dan perlu dibuat pengasingan atau kuarantin. 

Dengan kepercayaan dan kesungguhan ibunya maka beruntung dan bertuahnya beliau ketika itu masih mampu bernafas sehingga ke hari tua. Dan juga kerana persekitaran tempat tinggal beliau yang mempunyai udara bersih, persekitaran hijau, binatang ternakan sebab itu beliau semakin sihat. 10 tahun beliau diluangkan masa dengan berehat dan memerhati alam sekitar juga haiwan. Quotes yang sangat digemari Forrest ....
" Animal watch for for the signals and listen to the voice of nature, while men have forgotten how to read or listen to them."
    SEJARAH KEHIDUPAN SEBAGAI CHIROPRACTIC PRACTITIONER
Dr. Forrest berfikir kenapa beliau boleh sihat dan hidup lagi sedangkan doktor kata dia tidak dapat hidup lama. Dan jawapan semua ini adalah kerana hasil kesungguhan cinta kasih sayang ayah ibunya yakin dengan kuasa penyembuhan semulajadi. Dari itu timbul minat Forrest terhadap ilmu sains Chiropracticcare. Beliau tahu terhadap pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. 
" Living in Harmony with Nature® "
Antara falsafah yang beliau pegang iaitu Hidup secara alami. Dengan kesedaran beliau bahawa sains dan alam semulajadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia. Menjadi prinsip asas dalam hidup beliau. Forrest Shaklee banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’.  
Kemudiannya beliau mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer. Walaupun beliau mengagumi Palmer, beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal. Beliau percaya perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan. 

MELANGKAH UNTUK MENJADI SEORANG NUTRITIONIST

Sewaktu menjadi seorang chiropractic practitioner, minat beliau terhadap nutrisi bercambah. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai Vitalea.
Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternati yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut bukan saja terdiri daripada chiropractors, malah osteopaths, internist dan juga pakar bedah. Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau akhirnya semakin hari semakin maju.

Kalau anda ingin tahu, asal usul perkataan vitamin sehingga sekarang ini adalah dari VITAlized MINerals. Ia mengikut huruf yg awal setiap perkataan. Vitalea adalah multivitamin pertama didunia. dan ianya hasil ciptaan dari Dr Forrest C Shaklee pada usia 21 tahun. Kelebihan produk beliau sifat semulajadinya kerana bagi beliau " Follow the laws of nature and you'll never go wrong"

DR FORREST DIUJI DENGAN KANSER
Disamping menguruskan pusat rawatan beliau, Shaklee juga menghabiskan banyak masa untuk mempelajari tentang bidang baru pada waktu tersebut, iaitu X-ray diagnosis. Pada waktu tersebut, bahaya pendedahan terhadap sinaran X masih belum diketahui. Pada tahun 1921, beliau merasa bimbang dengan kesakitan yang beliau alami di pinggul kanan dan bahu kiri beliau.

Shaklee akhirnya berjumpa dengan seorang pakar kanser di Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca daripada kanser. Pakar tersebut percaya sel kanser tersebut boleh disekat sekiranya lengan kiri dan kaki beliau dipotong (amputated). Forrest Shaklee mendapatkan pandangan kedua dari Mayo Clinic di Rochester yang juga mengesahkan beliau menghidap kanser.
Pada waktu tersebut, kerjaya beliau sebagai seorang doktor muda sedang melonjak naik. Beliau juga mempunyai seorang isteri yang mengandung dan seorang anak. Beliau tak dapat menerima keputusan bahawa beliau terpaksa ‘dikudungkan’. Beliau memberitahu isterinya, “Saya akan hidup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya.”. Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa penyembahan secara semulajadi.

MELAWAN KANSER DENGAN CARA SEMULAJADI
Dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi.


Pada mulanya, kanser beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya penyembuhan sekiranya beliau terus berfikiran positf an juga mengambil nutrisi yang lengkap untuk badan beliau.

Pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat.


BERMULANYA BUSINESS SUPPLEMEN DR SHAKLEE & DIUJI LAGI 
Pada tahun 1924, Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan. Kali ini, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan  (suplemen) yang dipakejkan oleh beliau dan diberikan kepada pesakit.


Malang tidak berbau. Beliau sekali lagi diuji pada tahun 1929 apabila pusat rawatan beliau terbakar dan memusnahkan semua rekod beliau. Semuanya musnah kecuali sebuah buku inspirasi daripada Elbert Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great. Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi, “When all else is destroyed, only the product of the mind exists.”.


Walaupun beliau mempunyai minat yang pelbagai, Shaklee membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada kajian tentang nutrisi. Beliau memilih untuk fokus kepada membina tubuh yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Beliau berpindah Eugune, Oregon dan kemudiannya ke Oakland, California.


Selain daripada membuat kajian tentang nutrisi, beliau juga banyak memberikan syarahan umum dan memdapat dua ijazah kehormat; Profesor of Chiropractic dan Doktor of Naturopathy. Pada tahun 1935, beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College.


Beliau bersara pada tahun 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan pada tahun 1945. Falsafah dan ideologi beliau sepanjang sejak kecil adalah pada kuasa alam (the power of nature). Dua tahun kemudian (1947), beliau menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai “Thoughtmanship” (copyrighted).

Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid tentang Thoughmanship. Ini menyebabkan beliau dianugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Commonwealth University, Los Angeles. Banyak siri syarahan beliau dimainkan di corong radio di Sans Francisco dan Oakland.

PENUBUHAN SHAKLEE CORPORATION


Pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentangan nutrisi dan suplemen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan suplemen.
Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kepentingan suplemen terlebih dahulu.


Untuk memastikan pengetahuan tentang kepenting suplemen Dr. Shaklee memberitahu anaknya, “Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.”.


Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhir keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suplemen menjadi satu fenomena pada hari ini. Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau.

VIDEO PENDEK MENGENAI DR FORREST C SHAKLEE
Jemput menonton dokumentari pendek di bawah tentang kisah hidup Dr. Forrest C Shaklee.


Keluarga shaklee menubuhkan syarikat mereka bukan untuk mendapatkan keuntungan yang banyak tetapi lebih untuk membantu orang hidup dengan lebih sihat. Perbezaannya mudah tapi mendalamdan ini telah memandu keputusan yang seterusnya meletakkan syarikat itu jauh dihadapan waktunya. 

Pertama, dr shaklee mahu setiap produk harus menjadi yang terbaik seumpanya dan memenuhi keperluan sebenar, bukan hanya diletak diatas rak.

Kedua, Beliau tahu perbualan secara peribadi adalah cara terbaik untuk menerangkan faedah kesihatan dengan cara pencegahan. Dr shaklee berkata, " Kita akan mengajar beberapa dan mereka akan mengajar orang lain untuk mengajar orang dan untuk mengajar orang lain." Jadi orang-orang shklee melakukan dengan cara bercakap dengan orang diserta di california, menggunakan stesen kereta kuda  Plymouth sebagai pusat pengedaran mereka. Mereka bercakap, orang mendengar dan memberitahu orang lain. Walaupun tanpa "jurujual" yang formal, mesejnya tersebar luas. Pasukan bapa dan anak ini telah mencipta beratus ribu pergerakkan akar umbi dan sebuah syarikat yang hari ini bernilai US$ 500 JUTA. 

Inovasi dr shaklee tidak berakhir dengan pemakanan. Beliau mengamalkan "Hidup berharmoni dengan Alam dalam penjagaan rumah, mencipta pembersih biodegradasi berdekad-dekad sebelum keselamatan alam sekitar menjadi satu kebimbangan. Beliau melopori penemuan baru dalam pemakanan yang menjadi arus perdana pada tahun kemudian. Beliau tidak berfikir banayak mengenai label kontemporari seperti eko-bergaya, organik atau aktualisasi diri, tetapi dia adalah seorang perintis dalam semua bidang mereka. Lima puluh tahun kemudian , syarikat beliau telah membawa berautus ribu orang kepada kehidupan yang lebih baik dan sihat serta membantu kita semua hidup dalam dunia yang lebih baik.

Sebarang pertanyaan atau pesanan produk boleh hubungi /watsapp saya & saya akan memberi bimbingan serta konsultasi pada anda sehingga anda berjaya/mencapai target. 
Amiinn Ya Mujib! 
Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya! 

 klik sini

You are not paying for the supplement, but you are investing on your health.

Pengedar Sah Shaklee Senawang / Seremban

Pengeposan seluruh malaysia termasuk Sabah & Sarawak

Yaya Abd Aris
018 328 4995

Qisyaireen.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

CARI DI SINI

Followers

TANYA DI SINI