Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Kali ni saja nak kongsikan resipi mudah dan sangat sedap..Hihi.. Memang puas hati sangat! Hahaha..Melompat- lompat gumbira la parasit kat dalam badan ni kan..Heh! Ok , ramai dah yang buat resipi ni sebenarnya.. Tapi ya nak share jugak..! Muahahaha.. Kek batik cheese oreo atau nama 'popularnya' Cheesekut oreo.
Cara nak buat memang sangat mudah. Kalau yang duduk bujang ke atau yang kaki makan kek tapi malas nak buat tu haaa memang sesuai la..Hahaha gurauu yer.. Barang-barang pun nak dapat senang dan tak banyak yang diperlukan.
BAHAN - BAHANNYA :
Kalau tgk kat gambar bawah ni ada bahan yang xde hihi..Lupa nak sekalikan.. Maaf yer.. Tapi takpe boleh tengok pada list kat bawah yang ya senaraikan tu.
BAHAN - BAHANNYA :
Kalau tgk kat gambar bawah ni ada bahan yang xde hihi..Lupa nak sekalikan.. Maaf yer.. Tapi takpe boleh tengok pada list kat bawah yang ya senaraikan tu.
1 >>> Cream cheese ( ya beli yang tatura tu. Lebih suka yang ni. Masa beli tu ambil yg pek besar 500g. Boleh buat 2x. So, masa buat ni ambil setengah sahaja-250g )
2 >>> Susu penuh krim ( tak kisah susu brand apa ok. Beli yang peket kecik tu pun ok. Sebab nak guna untuk celup biskut dan nak masuk sikit dalam mixer tu nanti )
3 >>> Susu pekat ( ya suka guna dairy champ. Memang tak pernah guna susu lain. Hihihi.. Ya guna setengah tin sahaja rasa dah cukup manis dah & nak rasa cream cheese tu )
4 >>> Oreo sepeket ( tak kisah nak perasa vanilla atau coklat ok. Dua-dua sedap. Klu nk buat vanila untuk inti, coklat untuk topping pun ok..Terpulang... Caranya buang krim kat dalam tu. Oreo tu blend halus )
5 >>> Biskut kering ( ya guna biskut hup seng. Yang original ok. Tak kisah nak guna brand lain pun ok )
Ok, bahan semua dah ada kan.. Ready nak buat? Sediakan mixer siap-siap..
CARA - CARANYA :
>>> Pertama sekali kita siap sediakan bahan supaya lebih cepat nak buat kan.. Jadi,apa yang ya akan buat dulu ialah asingkan krim oreo dari biskut. Kemudian blend biskut sehingga betul-betul hancur.
>>> Sediakan mixer. Masukkan Cream cheese, krim oreo tadi, susu pekat setengah tin & susu full cream dalam 3sd besar. ( ya akan putar cream cheese dulu sehingga sebati baru ya akan masukkan bahan lain. )
Dah siap putar nanti die jadi macam dalam gambar tu. Sebatikan betul-betul. Kalau nak rasa cukup manis atau tidak boleh la rasa.. 😉 kot - kot la nak tambah manis lagi ke kan. Tapi ya tak suka manis sangat sbb nak seimbangkan rasa cream cheese tu sekali. Sedap. Hihihi..
>>> Kemudian kita sediakan bekas tupperware. Sebelum tu, boleh panaskan kejap susu full cream td sikit untuk proses celup nanti. Suam tau bukan panas melegak okay.
>>> Celup biskut (bukan rendam) dan susun ikut bekas. Letak cream cheese td dan ratakan. Kemudian taburkan oreo. Ulangi langkah ni. ( terpulang nak buat berapa layer yer. )
Kalau buat 3 atau 4 layer je boleh la dapat 3 bekas macam tu. ( 2 bekas sederhana, 1 bekas besar ) . ya suka buat 4 layer camtu supaya dapat buat banyak bekas. Hihihi..
>>> Akhir sekali boleh simpan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk sedap.. Nak kreatif lagi boleh celup oreo yang tak dibuang krim tu untuk buat topping. Waaah! Memang mabeles tau..
Lepas ni kalau rajin nak buat kek lain pulak. Hahaha.. Seronok buat kek ngan anak-anak ni.. Diorg pun excited nak tunggu siap. Apa-apa pun selamat mencuba yer semua.
Okay dah sedap makan kek ni jangan lupa ambil bitamin cakeli untuk proses detox parasit tau..Wakakaka.. Compom tak nyesal. Berat senang turun, muka lebih ploles gitu..
Oh ya, kalau nak cuba buat karipap besar yang simple pun blh la klik sini ya.. Sedap uollss.. Resepi ibundaku..Turun temurun tau dari nenek moyang gitu... Memang senang nak buat tau.. Jom try!
>>> KARIPAP BESAR SIMPLE & SEDAP <<<
Nampak sedap.
ReplyDeletedah rasa lagi sedap...hihihi
Delete