Friday, April 28, 2017

CARA ATASI PENYAKIT KENCING MANIS SEMASA HAMIL AGAR TIDAK MEMUDARATKAN

Pernah tak anda alami situasi begini. Anda tidak pernah menghidap kencing manis seumur hidup anda sebelum ni, tetapi tau-tau je ada kencing manis masa hamil. Macam mana boleh jadi macam tu kan..? Bagaimana cara untuk kita elak dan cegah supaya ianya tidak terjadi dan berlarutan sehingga memudaratkan ibu serta bayi dalam kandungan. 
Cara atasi penyakit kencing manis semasa hamil agar tidak memudaratkan
Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai "diabetes gestasi". Ia adalah kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan.

Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya. Insulin dihasilkan oleh pankreas, dan ia mempunyai dua tugas iaitu:

mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga;
• membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa hamil, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya mulai pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah, dan akan mengakibatkan anda menghidap diabetes gestasi. 
Ini terjadi disebabkan kerintangan insulin (sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal atur kawalan paras gula di dalam darah), tidak berfungsi dengan baik untuk memenuhi keperluan ketika mengandung. 

Makanan yang diambil semasa mengandung yang telah dihadamkan dengan khasiat lengkap seperti gula, vitamin dan mineral diperlukan ibu & bayi akan diserap.

Namun, kerintangan insulin mengganggu penukaran gula kepada tenaga.
Kesannya, paras gula dalam darah pun meningkat.

Badan anda mengalami perubahan ketara semasa hamil. Pankreas akan menghasilkan hormon dipanggil insulin untuk membantu membakar gula dalam darah dan dihantar ke dalam sel untuk digunakan badan.

Semasa hamil, uri atau plasenta akan menghasilkan hormon untuk membantu untuk pembesaran bayi dalam kandungan.

Hormon dari bayi ini menyebabkan sel-sel ibu menjadi kalis terhadap insulin. Disebabkan itu, pankreas ibu bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin supaya masalah sel kalis terhadap insulin dapat diatasi.

Jika persediaan pankreas adalah kurang bagus, penghasilan insulin menjadi tidak mencukupi dan paras gula dalam darah akan meningkat seterusnya ibu yang hamil akan mengalami kencing manis.
Kebiasaannya ia akan bermula selepas 3 bulan hamil, ini adalah kerana plasenta telah membesar dan dapat menghasilkan lebih banyak hormon.

Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 
Ujian yang disarankan untuk diagnosis diabetes gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT) dan ujian ini dilakukan di antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan. 

SIMPTOM YANG MUNGKIN ANDA AKAN ALAMI SEPERTI : 
>> keletihan
>> dahaga yang terlampau
>> membuang air kecil dengan banyak
>> penglihatan kabur.

KESAN-KESANNYA ??
Bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda. 
Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. 

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal. 

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetes jenis 2 di kemudian hari nanti. 

ANDA BERISIKO TINGGI MENGHIDAP DIABETES GESTASI JIKA;
>>> Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
>>> Anda pernah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
>>> Anda menghidapi diabetes gestasi sebelum ini;
>>> Keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
>>> Keturunan anda mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi

BAGAIMANA UNTUK MENCEGAHNYA??
Anda boleh mengurangkan risiko menghidap diabetes gestasi dengan cara:

>>> Mengamalkan diet yang seimbang yang merangkumi karbohidrat daripada bijian penuh, protein tanpa lemak dan lemak yang sihat.


>>> Bersenam bagi membantu mengawal tahap gula dalam darah. Banyak senaman yang selamat dilakukan semasa hamil seperti yoga, Pilates, berenang dan berjalan.

>>> Mengawal peningkatan berat badan.

>>> Berhenti merokok. Merokok membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan dan meningkatkan risiko menghidap diabetes gestasi. Ini adalah sebab yang bagus untuk berhenti.

>>> Mengamalkan vitamin semulajadi bagi membantu mengawal, mencegah serta memastikan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan terjaga.

BACA SINI >>> VITAMIN LENGKAP BUAT IBU HAMIL

Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang wanita yang menghidap diabetes gestasi sebenarnya telahpun menghidap diabetes jenis 2 sebelum mereka hamil, tanpa mereka sedari. 

Namun biasanya diabetes gestasi hilang sendiri selepas bersalin, dan anda mungkin dapati tahap gula dalam darah anda kembali normal. 

Jika anda menghidap diabetes gestasi sebelum ini dan anda terpaksa membuat rawatan insulin, anda akan lebih cenderung menghidapnya semula. Hanya seorang dalam empat orang wanita yang memerlukan rawatan insulin dahulunya, bebas daripada penyakit ini pada kehamilan berikutnya.

Anda akan diberikan nasihat mengenai cara mengekalkan diet seimbang, mengawal berat badan dan bersenam untuk mengurangkan kebarangkalian anda menghidapinya lagi.

PENGALAMAN SENDIRI
Saya mempunyai ibu yang menghidapi kencing manis, oleh itu saya terpaksa minum air gula sebanyak 2x.(manis tahap gaban tau)masa anak pertama saya minum memang rasa pening sangat, rasa macam tak boleh nk bercakap, rasa loya. Yela, dah la berpuasa. kena pula ambil darah dua kali kan. Alhamdulillah result sangat ok.

Anak kedua pun sama minum 2x, tp sy ok..tak rasa pening, relex je minum air tu, siap boleh main kejar-kejar lagi dengan anak. Maksudnya saya bermaya lah masa mengandung tu. Dan Alhamdulillah result pun ok juga. 
(Walaupun sy lahirkn anak kedua ni berat 4kg secara normal) fuh! Takut juga kan.. Masa anak kedua sy dah start makan vitamin shaklee, Alhamdulillah kepekatan darah pun tinggi (hb) . lepas ni ada rezeki anak ketiga saya perlu lebih berjaga-jaga la kan.

Nasihat saya, jagalah pemakanan.. Elakkan makan fast food ni. Jaga berat badan. Jaga emosi. Makan vitamin dengan betul dan disiplin. InSyaaAllah memang membantu. Makan vitamin shaklee boleh kawal berat badan tau. Boleh beri tenaga, sihat berseri-seri gitu.. Anak pun tumpang kesan positifnya. InSyaaAllah.



Sebarang pertanyaan atau pesanan produk boleh hubungi /watsapp saya & saya akan memberi bimbingan serta konsultasi pada anda sehingga anda berjaya/mencapai target. 
Amiinn Ya Mujib! 

Founder at HealbeauThy Family 
- The Achiever -

Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya! 

 klik sini

You are not paying for the supplement, but you are investing on your health.

Pengedar Sah Shaklee Senawang / Seremban

Pengeposan seluruh malaysia termasuk Sabah & Sarawak

Yaya Abd Aris
018 328 4995
Qisyaireen.blogspot.com





No comments:

Post a Comment

CARI DI SINI

Followers

TANYA DI SINI