Tatkala memandang cermin dan terlihat garis-garis halus dibawah mata, sesiapa pun akan berasa gusar. Nak-nak oleh wanita yang sentiasa alert dengan setiap perubahan wajah mahupun tubuh badan. Semua wanita ingin kelihatan cantik dan muda dari usia yang sebenar. Siapa tak nak awet muda betul tak? Memikirkan kulit semakin berkedut dan tua dimamah usia. Walaupun ianya adalah proses semulajadi dalam kehidupan kita.
Cuma apa yang boleh kita lakukan adalah melambatkan proses penuaan tersebut. Realitinya semakin kita menginjak usia, semakin kuat perasaan kita untuk menjaga penampilan awet muda. Sekurang-kurangnya kita akan jaga supaya kita sihat walaupun kita berusia. Sihat dalaman maka sihat luaran kan. Sihat luaran maka nampak mudalah gituu. Jom baca sehingga anda mendapat tip-tip untuk awet muda ya..
APA ITU PENUAAN ??
Penuaan ni adalah proses semulajadi pada badan kita..Senang kata lingkungan 50-an ni kita dah panggil orang tua, dan 60-an kita panggil warga emas. Ye tak? Penuaan adalah normal untuk menjadi tua. Tapi kita tak penuaan ini menjadi punca masalah kronik pada kita satu hari nanti. Dan paling utamanya kita tak nak kelihatan tak padan dari usia sebenar. Nampak tua!
TANDA-TANDA PENUAAN
Menurut institusi kesihatan kebangsaan Amerika Syarikat, tanda penuaan boleh dikesan pada kuliy yang mengalami tompok hitam. Ini terjadi pada mereka yang sering berada dibawah matahari dalam tempoh yang lama. Biasanya kesan ini muncul pada lengan, dahi, tangan, bahu, iaitu daerah yang mudah terkena matahari.
Selain menimbulkan tompok hitam, tanda penuaan boleh dikesan pada kelainan rona pigmen, terutama pada kulit wajah. Kulit menjadi kering dan kasar seterusnya menyebabkan kolagen dan elastik kulit rosak. Kolagen berfungsi memberikan kekuatan dan keanjalan kulit menjadikan kulit tegang.
Seterusnya pori-pori yang membesar adalah tanda kulit semakin tua. Seiring pertumbuhan usia, pori-pori jadi lebih besar sebab ada sel kulit mati disekitar liang roma.
TANDA - TANDA PENUAAN LAIN SEPERTI..
>> Rambut mula beruban (hitam menjadi putih)
>> Mata mengalami selaput (katarak)
>> Kulit berkedut, kusam dan hilang keanjalan
>> Gigi rapuh, gusi lemah
>> Tulang kehilangan densiti (osteoporosis)
>> Jantung berdegup perlahan, mula membengkak
>> Sendi dan otot menjadi kurang fleksibel
>> Rawan mula menipis
>> Nyanyuk
>> Hilang kawalan pundi kencing dan pembuangan air besar
>> Sembelit
FAKTOR-FAKTOR PENUAAN
Ok, sekarang saya nak cerita apa faktor yang menyebabkan badan kita menua dengan cepat...aka Premature aging. Untuk lebih faham, saya nak anda semua bayangkan sebuah kereta. Kereta yang baru lama-lama akan jadi buruk juga.. Dan kalau kita tak pandai jaga, kereta kita akan jadi kurang performance berbanding biasa kan. Begitulah kita juga sebagai manusia. Perlu ada rasa ingin menjaga dan mengawal proses dan tindakan yang berlaku dalam tubuh badan kita ni. ingat! Kita tak boleh tak tua, tapi kita boleh lambatkan. Dan paling penting lebih sihat.
FAKTOR LUARAN
>>> Pemakanan tinggi gula, lemak dan tenusu menyebabkan inflammasi (radang pada tubuh) Inflammasi ni senang nak faham adalah jadi karat.
Karat akan menjadikan luaran kereta nampak tak elok kan?
Begitu juga dalaman, enjin jadi rosak..absorber tak berfungsi dengan baik..dan seangkatan dengannya lah.
• GULA TINGGI contohnya : pesakit diabetes kelihatan lebih tua berbanding orang biasa)
• LEMAK TINGGI (membebankan fungsi tubuh secara keseluruhan)
• MAKANAN TENUSU, CAFFEINE & ETC (makanan asidic akan menyebabkan lebih banyak radang berlaku )
>>> Radiasi dari matahari (UV damage)-suhu terlampau panas
• SUHU yang terlalu sejuk juga menyebabkan kulit menjadi lebih nipis & cepat berkedut
• BERAT BADAN berlebihan. Badan terlalu kurus pun tak bagus juga..Boleh jadi penuaan dengan lebih cepat berbanding orang yang mempunyai berat badan ideal.
• Merokok! Ni memang tidak dinafikan lagi; faktor yang utama sebabkan kita tua dengan cepat.
Kita tak merokok tapi perokok dok fuhh fuhh asap dia kat kita..Jadi kulit kita pun terkena asap.. Pastu ade yang disedut lagi..kita dikira perokok pasif tau walaupun kita tidak merokok. Maka luar dan dalam kita terkena pencemaran!!
FAKTOR DALAMAN
>>> Stress
>>> Sikap negatif
>>> Kurang tidur
Ini semua akan sebabkan kita tua dengan lebih cepat.
Jadi, faktor luar dan dalam tadi akan berikan oxidative stress pada badan kita. Senang kata = karat ye..(untuk semua senang faham)
APA KESANNYA ??
Tua lebih awal ni bukan sahaja sebabkan kita kurang cantik, tapi kita akan terdedah pada penyakit kronik dengan lebih cepat. Contohnya, Moyang kita dulu meninggal dunia masa umur 80-an kerana heart attack. Tapi kite skrg..dek kerana penuaan yang cepat ni tadi..salur darah rosak setiap hari.. Maka kita berisiko kena heart attack pada usia 30-40 tahun.
BACA SINI --->>> TEORI PENUAAN
( Yang perlu kita tahu tentang penuaan yang sebenar. Penuaan yang menjadi penyakit merbahaya )
Kalau orang dulu-dulu mata rosak disebabkan selaput penuaan pada umur 60-70 an. Tapi kita sekarang, umur 40-50an pun dah jadi katarak. Sedihkan..
HORMON-HORMON AWET MUDA
Proses penuaan dikaitkan secara langsung dengan pengurangan hormon-hormon terutamanya hormon pertumbuhan (GH). Pengeluaran GH dalam badan kita mula menurun dari waktu kita baligh lagi. Bila cecah usia 60an, paras GH hanya 20% daripada paras sewaktu kita berusia 21 tahun. Inilah sebab kenapa kebanyakkan dari kita mula menampakkan simptom-simpton penuaan itu apabila kita cecah usia 40an.
SIMPTOM-SIMPTOM PENUAAN GH
>> Pengurangan tahap pergerakkan dan tenaga
• Kulit berkedut dan rambut beruban
• Hilang keupayaan penyembuhan
• Kehilangan isipadu otot
• Pertambahan lemak
>> Kajian menunjukkan bahawa peningkatan GH ke tahap yang normal dapat kurangkan segala simptom.
ANTIOKSIDA UNTUK KECANTIKAN KULIT
>> Radikal bebas daripada proses pengoksidaan sering kali merupakan musuh utama bagi kecantikan kulit. ia sangat reaktif dan boleh disumbangkan oleh faktor persekitaran, makanan dan juga tubuh badan kita.
>> Serangan radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan dan kematian sel-sel serta mempercepatkan proses penuaan kulit atau penuaan pramatang.
>> Selain itu, Radiasi Ultraunggu (UV) daripada matahari juga boleh mengganggu penghasilan kolagen kulit dan meningkatkan kadar degradasinya. Kolagen adalah sejenis protein yang penting untul kekuatan dan integrasi kulit. Degradasi terhadap kolagen boleh mempercepatkan proses penuaan dengan kedutan pada kulit.
>> Bentuk antioksida yang paling baik untuk melindungi kulit kita dari terdedah daripada matahari dan radikal bebas adalah dengan pengambilan vitamin dan mineral yang secukupnya dalam diet kita. Nutrien seperti beta-karotena, Vitamin B6, Vitamin C, Vitamin E, Mineral zinc dan selenium memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit. Pengambilan antioksida yang mencukupi boleh cegah dari kerosakan sel-sel kulit akibat radikal bebas.
>> Beta-karotena juga dikenali sebagai Pro Vitamin A yang boleh diperoleh daripada buahan dan sayuran berfungsi sebagai antioksida dan mampu meneutralkan radikal bebas dengan berkesan.
>> Vitamin C pula diperlukan dalam proses penghasilan kolagen kulit. Ia menyerupai fungsi Vitamin E sebagai nutrien anti radikal bebas utama yang boleh melindungi sel dan melawan dari kerosakan daripada serangan radikal bebas dalam tubuh.
>> Mineral seperti selenium dan zinc pun memainkan peranan sebagai antioksida. Selenium untuk pembentukan enzim glutasi. Peroksidase yang melindungi tubuh kita daripada radikal bebas.
>> Zinc merupakan nutrien mikro yang diperlukan dalam jumlah yang kecil untuk fungsi imuniti, kesihatan kulit dan penyembuhan luka. Selain tu, kita juga digalakkan untuk memakai krim pelindung matahari.
BAGAIMANA VIVIX BOLEH MEMBANTU?
Baiklah, sekarang saya akan terangkan macam mana vivix boleh bantu kita. Saya akan fokus mainly pada kulit ya..sebab kalau tak, ia akan sentuh tentang banyak penyakit juga..seperti link yang saya bagi sebelum ini. Tentang bahayanya penuaan.
BACA SINI -->> APA ITU VIVIX
Kalau dah baca link atas ni pasti anda akan lebih faham dan tertarik dengan vivix.
Secara ringkasnya, Vivix adalah suplemen terulung keluaran saintis setelah kajian bertahun-tahun ke atas bahan *resveratrol*. Vivix antioksida yang terbaik. Sebab mengandungi gabungan resveratrol dan polyphenol yang mana memberi impak 10x ganda berbanding resveratrol sahaja.
Diambil dari 4 tumbuhan utama
>> Anggur Muscadine yg saiznya sebesar bola golf
>> Elderberry Europe
>> Purple Carrot
>> Polygonum Cuspidatum
Bertindak pada sel-sel tubuh badan sebagai antioksida untuk menghalang serta membaiki kerosakan akibat radikal bebas.
Vivix:
❤10x ganda lebih hebat dari Vitamin C
❤100x ganda lebih hebat dari Vitamin E
Kebaikan utama untuk penuaan yang sihat dan awet muda..
💠antioksida
💠anti inflammasi
💠anti kanser
💠anti penuaan pramatang
💠anti depresi (tekanan mental)
💠anti mutasi sel
>>> Bertindak melalui 4 mekanisma UTAMA vivix yang kaya dengan resveratrol
• Membaiki DNA sel
• Membantu pertahanan sel
• Meningkatkan tenaga sel
• Melambatkan penuaan sel
1 > Sebagai Antioksidan
• meneutralkan radikal bebas
• 10x ganda lebih hebat dari Vitamin C, dan 100x ganda lebih hebat dari Vitamin E
2 > Melindungi kulit dari kerosakan radiasi UV dan melindungi sel2 tubuh dari oxidative stress
3 > Bersifat Anti radang
• Resveratrol membaiki kulit dan mencegah kerosakan..kesannya kulit nampak lebih lembut & glowing!
4 > Resveratrol berfungsi seperti estrogen dalam badan yg memberi elasticity pada kulit
• Apabila estrogen berkurang (menopause) maka resveratrol akan membantu merangsang penghasilan collagen dalam tubuh
Jadi, antioksida ni bukan sahaja pada kulit ya..dalaman kita juga, contohnya salur-salur darah yang alami radang dek kerana tinggi gula tadi, takdelah jadi teruk sangat bila kita ambil antioksidan.
Orait..Last sekali, tips nak cegah penuaan pramatang...Nak cegah kerosakan pada kulit dan organ-organ penting dalam tubuh.
TIPS AWET MUDA
1. Kurangkan makanan manis, berminyak dan protein daging seperti lembu, kambing dan sebagainya. Ingat ya, Gula putih terutamanya adalah musuh ketat kita. Gula punca bagi pelbagai penyakit.
2. Banyakkan makan makanan seperti buah-buahan, serat, sayuran dan air kosong. Pengambilan air kosong ni tersangatlah banyak manfaatnya. Bukan saja untuk kecantikan malah untuk kesihatan juga. Amalkan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Gelas tau bukan cawan. Hihihi.. Boleh kurusss.
3. Kurangkan caffein, air gas. Baru je dengar doktor ni bagi tau yang die nasihatkan mak cik ni supaya jangan lagi minum caffeine sebab caffeine ni punca segalanya, tekanan darah tinggi, berat badan dan masalah kronik lain. Tak kiralah sama ada 'o' atau 'susu'. Bahaya!
Air gas tak bagus sebab tinggi gula! Gula ni jahat.
4. Kurangkan stress. Selalu dengar kan orang selalu cakap, jangan cepat marah nanti cepat tua.. Haaa..rupanya betullah fakta tu. Penuaan pramatang tu akan cepat berlaku sebab bila kita stress dengan jangka yang panjang, kita meletakkan diri kita dalam keadaan lawan-atau-lari (fight or flight) dan hormon stress yang dipanggil kortisol ni akan dilepaskan oleh badan secara berterusan. Lebih kronik lagi akan memendekkan telomere.
BACA SINI --->> APA KAITAN TELOMERE DAN JANGKA HAYAT MANUSIA.
5. Jaga berat badan dalam lingkungan ideal. Cek BMI kita adakah masih ditahap yang normal atau dah nak hampir pada tahap kronik?? Kalau dah kena pada red line tu eloklah kita cuba usahakan untuk turun berat badan. Dapatkan nutrisi yang secukupnya. Buat Detox Shaklee. Untuk membantu proses penurunan berat dengan cepat dan sempurna. Bila kita detox, kita akan buang toksin. Bila toksin dah dinyahkan. barulah senang tubuh kita nak serap vitamin, mineral, nutrisi ni. Dan badan akan lebih terkawal untuk naik semula.
6. Hirup udara segar. Terlalu banyak masa didalam bangunan juga akan membuatkan kita letih. Bukan kerja outdoor sahaja akan buat kulit kita bermasalah, yang selalu berada dalam air-cond juga akan mengalami masalah sama. Kulit akan menjadi kusam, kering, pucat dan tidak bermaya. Ambillah sedikit masa untuk keluar supaya lebih relax.
7. Makan ikan dan kekacang. Kolagen semulajadi boleh diperolehi dalam makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 seperti ikan, kekacang dan telur. Serta yang kaya antioksida seperti sayuran hijau. Makanan bergoreng akan mengurangkan lagi kolagen. ingat ya, kolagen bukanlah untuk kecantikan semata.
BACA SINI --->> KESAN KEKURANGAN KOLAGEN
8. Pakai krim pelindung matahari. Moisturizer. Toner. Skincare yang bebas bahan kimia, paraben dan bahan lain yang memudaratkan. Carilah yang selamat dan semulajadi.
9. Terakhir sekali, amalkan makan Vitamin dan supplemen tambahan. Supplemen tambahan bukanlah ubat, tetapi untuk kita cukupkan zat, nutrisi, khasiat yang kurang dalam badan kita. Dalam masa yang sama, apabila semuanya mencukupi keperluan sel kita, maka badan pun akan lebih sihat. Sihat dalaman akan cantik dan sihatlah luaran kita.
DI SINI --->> VITAMIN CANTIK SHAKLEE
Demikianlah cara-cara untuk kita melambatkan penuaan. Penuaan ni adalah proses semulajadi. Tapi jika tidak dijaga dari muda badan kita akan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit-penyakit degeneratif, dengan kata lain akan berlaku kerosakan pada sel.
Banyak komplikasi kronik yang akan berlaku jika sel kita mula rosak, telomere makin pendek dan sebagainya. Sama macam saya terangkan pada link APA ITU VIVIX tadi. Penerangan dengan lebih detail. Jadi, tidak salah rasanya saya kongsikan mengenai tonik kesihatan vivix ini pada anda. Kerana banyak sangat manafaatnya buat kesihatan kita. Paling penting, ianya bukan sebarangan produk yang boleh kita bancuh sesuka hati, buat dikilang yang tak bertauliah.
Shaklee sangat mementingkan keberkesanan, keselamatan produk itu sendiri. Shaklee ada landmark study. Kalau nak research mengenai landmark study sendiri pun boleh. Dari shaklee sendiri. Jadi, tak perlu risau dan was-was. Penting untuk beli daripada agen shaklee yang sah. Supaya dapat konsultasi yang betul untuk masalah anda.
Sebarang pertanyaan atau pesanan produk boleh hubungi /watsapp saya & saya akan memberi bimbingan serta konsultasi pada anda sehingga anda berjaya/mencapai target.
Amiinn Ya Mujib!
Founder at HealbeauThy Family
- The Achiever -
Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee??
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya!
klik sini
You are not paying for the supplement, but you are investing on your health.
Pengedar Sah Shaklee Senawang / Seremban
Pengeposan seluruh malaysia termasuk Sabah & Sarawak
Yaya Abd Aris
018 328 4995
Qisyaireen.blogspot.com
No comments:
Post a Comment