Sunday, March 26, 2017

ATASI MASALAH-MASALAH SEMASA BERPANTANG DENGAN BERKESAN

Setiap wanita yang baru lepas bersalin pasti akan berasa susah hati dan berhati-hati bagi menghadapi waktu berpantang agar kekal tenang, sihat dan bertenaga kan. InSyaaAllah jika kita berpantang dengan betul dan disiplin kita akan dapat melalui hari berpantang dengan mudah dan tenang. 

Namun, masih ada juga ibu-ibu berpantang di luar sana yang menghadapi masalah-masalah semasa berpantang. 
Atasi masalah-masalah berpantang dengan berkesan
Wajib buat semua ibu berpantang untuk menjaga emosi terutamanya sewaktu berpantang. Amalkan pemakanan yang sihat dan bersesuaian ketika berpantang. Maksudnya tak bolehlah bedal apa je nak makan kan. Disiplin juga, kalau boleh berpantang selama 44 hari dengan sempurna. 

ATASI MASALAH SEMBELIT
Antara faktor penyebab ibu-ibu lepas bersalin mengalami sembelit adalah seperti berikut:

• Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.
• Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
• Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit ketika kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.

Adakah membuang air besar selepas bersalin menyakitkan?
Cuba jangan bimbang kerana kemungkinan besar ianya tidak menyakitkan. Kawasan di antara faraj dan dubur (perineum) mungkin akan terasa kebas kerana melahirkan secara normal akan meregangkan saraf-saraf di dalam dan yang mengelilingi faraj. Jadi anda mungkin tidak begitu rasa apabila membuang air besar untuk pertama kali.

Perasaan takut untuk membuang air besar mungkin membuatkan masalah ini lebih teruk. Kegusaran boleh membuat anda mengetatkan otot, bukannya mengendur dan membukanya. Cuba alihkan perhatian dengan membaca buku atau majalah semasa di dalam tandas.

Jika anda dikenakan jahitan, jangan bimbang kalau-kalau ia akan terkoyak apabila anda membuang air besar. Adalah lebih memudaratkan jika anda tidak membuang air besar kerana sembelit akan meregangkan lantai pelvis anda.

Cara Untuk Atasi Sembelit Ketika Berpantang

1. Minum air masak secukupnya - Pastikan akan minum yang secukupnya dan air juga sangat bagus untuk detoks dan memudahkan proses pembuangan nanti.

2. Lebihkan sayuran dan buah-buahan - Sayuran dan buah dalam diet seharian adalah penting kerana merupakan sumber serat. Ada setengah ibu-ibu yang berpantang tidak mengambil sayuran dan buah ketika dalam pantang. Memang tidak dinafikan ada sayuran dan buah yang tidak elok diambil ketika dalam pantang kerana bersifat angin dan sejuk yang boleh memberi kesan kepada ibu dan bayi (jika bayi masih menyusu).

3. Jangan takut untuk membuang - Bagi ibu-ibu yang pertama kali melahirkan anak sudah tentu tertanya-tanya. Tak pedih ke nak buang air kecil, air kecil tak menyebabkan jangkitan ke? nak buang air besar tak koyak ke jahitan, takut terbuka jahitan nanti kena jahit lagi sekali? Ini antara persoalan biasa sebenarnya. Jadi, jika anda terasa nak membuang, jangan di tunggu-tunggu.

4. Elakkan pengambilan kopi atau minuman perisa coklat - Ada setengah ibu menjadikan kopi dan hot coklat sebagai “milk booster” tetapi jika masih diawal berpantang sebolehnya elakkannya, kerana boleh menyebabkan masalah sembelit bertambah rumit. Bila meminum minuman ini akan membuat najis akan menjadi keras.

5. Minum susu dan amalkan suplemen - Sangat penting mengamalkan susu yang tinggi kandungan kalsium. Namun begitu tidak semua orang suka untuk meminum susu, oleh itu untuk cara mudah dan senang anda boleh mengamalkan 4 biji ostematrix sebelum tidur sebagai pelengkap sumber kalsium magnesium. Insya-allah bangun pagi badan akan terasa ringan. 
ATASI MASALAH BENGKAK SUSU
Semua ibu-ibu akan mengalami bengkak susu kerana ia adalah normal dan untuk merawatnya juga adalah mudah. Cuma dinasihatkan elakkan dari biarkan bengkak susu berlarutan hingga boleh menyebabkan demam. Malah boleh terjadinya jangkitan kuman sampai nak kene operation.

Sebenarnya, pada awal kelahiran, payudara tidak terus membengkak, kerana pada waktu ini yang terhasil hanyalah kolestrum, susu pekat kekuningan yang sangat tinggi khasiatnya yang cukup untuk keperluan baby pada waktu itu.

Lama-kelamaan kelenjar susu akan mula menghasilkan susu yang banyak mengikut demand baby. Darah dan cecair limfa yang berlebihan yang ada dalam tisu payudara akan menyebabkan payudara akan mula membesar, lebih berat dan mengeras. Perkara ini tidak lama. Selalunya selepas satu atau dua minggu, payudara akan lebih lembut dan tidak mengeras walaupun susu banyak.

Adakah bengkak susu ini merbahaya?

• Bengkak susu boleh menyebabkan kesukaran untuk baby kita menyusu. Puting susu boleh sakit dan merekah. Ini disebabkan oleh baby kita yang mencuba banyak kali untuk melekap kepada payudara yang membengkak tapi tidak berjaya. Ini akan menyebabkan bengkak susu bertambah teruk. Sekiranya semakin teruk, ia boleh menyebabkan salur susu kita tersumbat, dan jangkitan payudara yang dikenali sebagai mastitis 

10 Cara mengelakkan bengkak susu

•.Susukan baby sebaik sahaja selepas melahirkan dan susukan sekerap mungkin. Sekurang-kurangnya 1-2jam sekali.

•.Pastikan baby hanya menyusu pada sebelah payudara sahaja pada satu-satu masa (antara 10-20minit). Ini untuk memastikan yang payudara anda betul-betul kosong. 

•Susukan baby pada payudara sebelah lagi pada sesi seterusnya atau pada sesi yang sama sekiranya baby anda masih mahu menyusu.

• Pastikan baby melekap dengan sempurna. Ini dapat memastikan baby menyusu dengan optimum dan susu dapat mengalir dengan lancar dan dapat dikosongkan dari payudara.

• Pastikan payudara anda cukup lembut untuk baby menyusu. Sekiranya ia mengeras (tanda susu terlalu penuh), boleh perah menggunakan tangan (teknik marmet) ataupun pam. Kemudian barulah susukan baby.

• Mandi air suam, biarkan air suam mengalir dipayudara. Ini untuk meransang LDR (Let Down Reflex) dan membiarkan sedikit susu untuk keluar dan melembutkan bahagian payudara anda.

• Anda juga boleh tuamkan tuala suam pada payudara setiap kali sebelum menyusukan baby. Ini akan memudahkan pengaliran keluar susu.

• Ubah posisi setiap kali baby anda menyusu supaya susu disetiap bahagian payudara dikosongkan.

• Elakkan memakai bra yang ketat. Ia akan mengurangkan pengaliran susu melalui salurnya dan boleh menyebabkan salur susu tersumbat.

• Elakkan memperkenalkan baby dengan puting ataupun botol pada bulan pertama kelahirannya, kecuali ada masalah dari segi perubatan. Otot mulut baby yang dah biasa menghisap puting ataupun botol susu adalah berbeza sekiranya menyusu dari ibu. Baby kita mungkin akan menghadapi masalah untuk menyusu secara direct dengan kita.

• Mengamalkan suplemen tambahan seperti Lecithin Shaklee untuk mengurangkan bengkak susu ibu malah membekalkan kolina baik untuk bayi. 
Bengkak susu yang disebabkan oleh salur susu tersumbat boleh terjadi kerana:
• Tidak amalkan 2 jam sekali pam, bila payudara dah penuh baru nak pam. Jangan diamalkan.
• Stress.
• Tidur yang tidak cukup.
• Cara bayi melekap pada puting yang salah.
• Jangkitan kuman atau mastitis.
•Susu kering tebal dibahagian puting, susu dari bahagian dalam susah untuk keluar.
• Pemakaian bra yang ada underwire.
Apabila tangan terhimpit pada saluran payudara contoh ketika tidur.

Klik sini ---->>> RAWAT BAYI DEMAM KUNING

ATASI MASALAH BENTAN 
Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin. Maksudnya jika anda culas menjaga diri ketika tempoh berpantang, anda berisiko untuk mengalami sakit semula atau bentan. Bentan biasa terjadi pada penghujung tempoh berpantang atau selepas habis berpantang.

Tanda dan sebab bentan:

*Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya.

Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.

Jenis bentan:

1. Bentan urat
Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

2. Bentan urat peranakan/urat rahim
Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

3. Bentan urat besar (pinggang)
Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.

Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius.

4. Banyakkan berehat
Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu.

5. Elak jangkitan kuman
Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.

6. Jaga pemakanan
Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang.

Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung, nangka muda.

Jika anda terkena bentan, anda boleh amalkan tips berikut:

1. Mandi wap atau bertangas
Mandi wap akan membantu membetulkan semula urat-urat  & dalam masa yang sama memberikan kesegaran kepada tubuh badan.

2. Berehat
Banyakkan berehat. Lupakan kerja rumah yang bertimbun. Apa yang penting sekarang ialah kesihatan anda. Selepas anda sihat, anda boleh siapkan kerja rumah seperti biasa.

3. Elakkan angkat berat
Jangan sesekali angkat benda yang lebih berat daripada bayi anda.

4. Sapukan hirisan bawang merah di ibu jari kaki kemudian selimut tebal hingga berpeluh
Bentan biasanya sinonim dengan ibu jari kaki. Oleh itu, sapukan bawang merah ke kedua-dua ibu jari kaki, dan selimut badan dengan selimut tebal hingga berpeluh.

5. Pakai stokin
Jangan pijak lantai sejuk dengan kaki. Pastikan anda memakai stokin setiap masa. Pakai selipar apabila masuk ke tandas.

6. Sapu minyak panas ke seluruh badan
Memang rimas, tapi percayalah, ianya sangat penting untuk merawat bentan yang anda alami.

7. Set Berpantang Shaklee
Set Berpantang Shaklee akan menghilangkan bentan yang anda alami & mengembalikan kesegaran badan agar anda segar & cergas seperti sedia kala. Yang sebenarnya, set berpantang Shaklee ni patut anda ambil seawal hari pertama selepas bersalin kerana ianya boleh mengelakkan bentan. Takpe, untuk next baby pastikan anda ambil set berpantang Shaklee ye. 

Klik sini ---->>> SET BERPANTANG SHAKLEE
Semoga cara mudah atasi masalah-masalah selepas bersalin ini dan semua info yang saya kongsikan tadi bermanfaat untuk anda. Sihat ibu dan anak. Mari kita cipta memori indah sewaktu berpantang. 

Seeloknya, berdasarkan pengalaman saya sendiri..amalan makan suplemen shaklee 'full set' ketika berpantang memang menyihatkan, memudahkan serta cepat sembuh. 
Semua masalah diatas saya dapat atasi. Alhamdulillah. Dengan pemakanan yang betul, rutin harian yang tetap, cara yang betul kita akan dapat lalui proses berpantang yang sempurna. 

Sebarang pertanyaan atau pesanan produk boleh hubungi /watsapp saya & saya akan memberi bimbingan serta konsultasi pada anda sehingga anda berjaya/mencapai target. Amiinn Ya Mujib! 
Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya! 

 klik sini


You are not paying for the supplement, but you are investing on your health.

Pengedar Sah Shaklee Senawang / Seremban

Yaya Abd Aris
018 328 4995

Qisyaireen.blogspot.com




No comments:

Post a Comment

CARI DI SINI

Followers

TANYA DI SINI