Sunday, March 5, 2017

Resipi turun temurun : karipap besar simple

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.. Hari minggu hari untuk rehat-rehat , hari bermalasan gitu kan.. Ada yang pergi jalan-jalan, window shopping kan.. Walau apa aktiviti yang anda semua lakukan, jangan lupa jaga kesihatan ya. Nak-nak cuaca sekarang ni kejap hujan kejap panas. Minum air secukupnya. 

Alhamdulillah.. Kali ni yaya nak share resipi simple yang sangat-sangat mudah tapi sedap giler uollss..hihi. Resipi bondaku. Memang resipi turun temurun ni. Resipi karipap besar inti telur. Sedap sgt. 

Resipi turun temurun : karipap besar simple

Opps! Gambar satu-satu dah terpadam pulak..hihi... Taraa!! Tulah karipapnya.. Besar.. Mmg kenyang sorang satu. Tapi saya harus 2 karipap..muahaha! Sebab sedap. 

Ok, resipinya mudah sangat ya.. 

Bahan-bahan : 

• Tepung gandum 
• marjerin
• Telur
• cili merah
• bawang 
• air sejuk
• secubit garam

Cara-caranya :

•  setengah peket tepung gandum (tepung gandum tu tengok untuk berapa orang makan. Selalu kalau untuk 5 org keatas yaya guna setengah peket tepung tu. Terpulang )

• gaulkan marjerin dalam 4 sudu besar dulu dengan tepung. Nanti jadi macam serbuk roti gitu. Sebab kalau letak lebih marjerin nanti akan terlalu lembut dohnya. Gaulkan. 

• lepas tu letak air sejuk sikit-sikit. Letak aor gaul dulu. Letak air skit gaul. Gaul sebati. Sampai tak melekat kat tangan. 

• dah siap doh boleh la canai nipis. ( kalau lembut sangat boleh tambah tepung. Kalau terlalu liat boleh tambah sikit marjerin.)

•Ambil doh dalam sebesar bola golf gitu. Ok la, uli nipis. Dah uli ambil letak di pinggan yg berlekuk. Pinggan / piring mcm ni contohnya. 


• pecahkan telur. ( jangan pecah telur kuning ). Letak hirisan cili merah sikit. Letak bawang hiris sikit. Taburkan garam atau serbuk perasa (up to uolls) . 

• lepas tu tutup mcm karipap tu. Tekan dengan garfu tepi-tepi supaya tak terbuka masa menggoreng nanti. 

* pastikan minyak dah panas ya. Tapi api slow sahaja. ( supaya bahagian dalam masak sempurna ) 

• dah letak dalam kuali terus lalukan minyak tersebut pada atas karipap tersebut. Nanti die akan mengelembung cantik. 

• dah siap goreng boleh la toskan. 

Senang kan.. Ok tak.. Maaf tak letak gambar satu-satu..tak pe nanti saya letak ya. Tapi dah buat nanti senang la. Sebab mudah sangat. Hihi. Buat tak sampai sejam pun. 

Anak-anak memang cukup suka. Tapi untuk anak saya tak letak cili la. Saya cuma letak bawang sahaja. Bawang tu akan rasa manisnya nanti. Sedap. 

Ikut kreativiti anda semua nak letak apa kan. Boleh tambah cheese ke..kan..fuh! Mesti lagi sedap kan. Janji simple recipe kan. 

Ok, semoga perkongsian saya yang tak seberapa ni bermanfaat untuk awak-awak semua. Semoga berjaya membuatnya. Mana yang dah pro buat karipap mesti lagi senang kan. Yang baru-baru nak belajar macam saya ni..takpe, resipi tak susah pun. Memang sesuai la orang mcm saya ni nak buat. Hihihi. 

Kalau anda ada resipi simple lain boleh la share ok. Lepas ni saya nak buat style lain pula. InSyaaAllah. 








No comments:

Post a Comment

CARI DI SINI

Followers

TANYA DI SINI