Monday, March 6, 2017

6 tips penting membantu anak belajar dari kegagalan

Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita bangga dengan anak-anak kita bukan. Kita akan anggap setiap kejayaan mereka walau sekecil manapun adalah lanjutan daripada kejayaan kita InSyaaAllah. Namun, adakalanya kegagalan anak menjadi kekecewaan besar pada ibu bapa. 

6 tips penting membantu anak belajar dari kegagalan

Friedrich Nietzsche pernah berkata, "Apa yang tidak membunuh kita, menjadikan kita lebih kuat". Ahli falsafah jerman ini dari peringkat awal lagi tahu bahawa kegagalan boleh menjadi peluang untuk penambahbaikan , malah untuk kecermelangan. 

Tetapi kegagalan anak sebenarnya dapat membantu anak untuk belajar kemahiran hidup ni dan juga membangkitkan ciri utama anak itu sendiri. Kegagalan kan mengajarkan kita erti bangkit dan kuat. Tak kiralah dari segi apa kegagalan yang anak lalui, kita sebagai ibu bapa harus tahu dan ingat sentiasa bahawa membantu, membimbing, menyokong serta motivasi sangat penting buat anak-anak. Jangan terlalu menghakimi anak.

TIPS 1
Berbincang semula dengan anak tentang masalah yang dihadapi. Ini membantu mereka untuk berfikir dengan lebih kreatif dan terbuka serta mampu untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah. Tanyakan pada anak tentang perasaan anak, apa yg mereka  hadapi? Apa mereka rasa? Apa yang ingin dilakukan untuk penambahbaikan. 

TIPS 2


Tunjukkan belas kasihan dan sokongan . pujuk anak, pegang, peluk, tunjukkan dan sampaikan kasih sayang tersebut. Anak akan merasa yang anda mengetahui dan anda sentiasa ada untuk mereka. Galakkan anak untuk lebih bersifat meneroka. Cuba perkara yang baru penting untuk perkembangan dan perasaan takut untuk gagal tidak seharusnya menjadi alasan untuk menyembunyikan diri. 

TIPS 3
Jadi model peranan yang baik pada anak. Cara anda menghadapi sesetengah kekecewaan dalam hidup akan kerap kali diikuti oleh anak. Pada masa itu, anda perlu lebih rasional, sopan santun, sabar dalam menghadapi. Daripada berasa tidak mampu buat lagi, lebih baik merasa nanti saya akan cuba lagi.! 

TIPS 4


Hadkan pujian kerana Terlalu banyak pujian adakalanya boleh membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Kanak-kanak yang dipuji keterlaluan akan bergantung kepada orang lain untul rasa  diterima atau dihargai. Oleh itu, tidak perlu sentiasa mencurahkan dengan pujian untuk buat anak bersemangat. Kebolehan anak untuk mengatasi kesusahan akan membina harga dirinya. Tapi jangan tak puji langsung ya..kerana itu juga menjadi kekuatan pada anak untuk terus berikan yang terbaik.

TIPS 5


Kita boleh menceritakan pada anak-anak tentang kisah kita juga. Mungkin kita pernah menghadapi kesulitan dan buntu dalam menyelesaikan masalah. Maka, ceritakan bagaimana  kita atasi perasaan dan masalah tersebut. Anak akan menghargai nasihat anda dengan lebih baik apabila mengetahui bahawa kita juga pernah mengalami benda yang sama.

TIPS 6 


Jangan menjadi ibu bapa yang terlalu melindungi anak. Kegagalan merupakan sebahgian penting dalam proses pembelajaran , maka bantulah anak anda melihatnya secara positif. Walaupun kita rasa nak melindungi anak daripada segala bentuk keadaan kegagalan, besar mahupun yang kecil, hakikatnya kita memang tidak boleh berbuat sedemikian . akui kegagalan meraka, tugas kita adalah menekankan usaha kerana anak boleh kawal dan belajar syarat utama untuk mencapai kejayaan adalah usaha dan kerja keras serta berdoa. 

Berikut merupakan beberapa strategi bagi kita sebagai ibu bapa untuk ambil tahu. Jangan nafikan kebebasan yg mereka perlukan untuk menghadapi jatuh bangun dalam kehidupan kita. Itu adalah lumrah. Tidak ada orang yang pernah gagal. Kegagalan yg besar atau pun yang kecil. 

Anak-anak perlu belajar untuk menerima kegagalan dan bangkit. Tanggungjawab kita adalah memastikan anak itu menjadi diri sendiri, beri yang terbaik dalam kehidupan. 

InSyaaAllah..mudah-mudahan perkongsian saya ini bermanfaat buat anda semua. Anak adalah amanah kita. Yang mencorakkan adalah kita sebagai ibu bapa. Melentur buluh biarlah dari rebungnya kan..jadi sama-sama lah kita mencorakkan peribadi anak dan berusaha menjadikan keluarga kita keluarga yang mawaddah, warahmah dan sakinah. InSyaaAllah


••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Anda ingin memberi supplemen terbaik buat anak-anak..

Berikan nutrisi yang lengkap buat anak-anak.


•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Sebarang pertanyaan atau pesanan produk boleh hubungi /watsapp saya & saya akan memberi bimbingan serta konsultasi pada anda sehingga anda berjaya/mencapai target. Amiinn Ya Mujib! 


Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 


Jangan tunggu lagi dan hubungi saya! 

Pengedar Sah Shaklee Senawang/ Seremban

Yaya Abd Aris
018 328 4995

Qisyaireen.blogspot.com



6 comments:

  1. Setuju, jangan salahkan anak-anak kerana kegagalan mereka, tetapi salahkan diri sendiri kerana anak-anak tu hasil didikan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Moga kita dpt memberi yg terbaik buat anak. InSyaaAllah

      Delete
  2. Salam perkenalan Yaya,

    Ingat masa anak mula masuk sekolah, stress sangat bila teacher complaint tentang itu ini.. Kecewa sedih semua ada sbb letak high expectations sangat pd dia pdhal baru umur 7 thn waktu itu..

    Sekarang dah banyak belajar dari pengalaman, biarkan anak enjoy dgn dunia dia, kita pantau dan monitor sahaja.. itu pendekatan saya.. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan kak..

      Betul tu kak..pengalaman mendewasakan kita kan.. Moga anak akk jadi ank yg berjaya dunia akhirat.

      Delete
  3. Jangan menjadi ibu bapa yang terlalu melindungi anak, kelak akan menyusahkan dan anak akan hilang hormat pada keduanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..mudah-mudahan kita menjadi ibu bapa yg lebih rasional dlm mendidik anak-anak.

      Delete

CARI DI SINI

Followers

TANYA DI SINI