Wednesday, March 1, 2017

Tips pemakanan yang sihat buat ibu hamil

Kehamilan memberi pelbagai perubahan dalam kehidupan seharian anda. Paling lazim dialami ialah perubahan gaya pemakanan. Oleh itu, sangat penting bagi kita menjadikan pengambilan makanan yang sihat sebagai amalan bagi menjamin kesihatan dan kecergasan tubuh badan. 

Malah amat perlu untuk kita jaga supaya bayi yang bakal dilahirkan berkeadaan sempurna dan sihat. 
Tips pemakanan sihat buat ibu hamil
Kita sudah maklum tentang piramid makanan kan. Ianya titik permulaan bagi kita demi menjayakan amalan pemakanan sihat untuk ibu dan juga bayi yang dikandungi. 

Makanlah lebih banyak sumber bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, protein, susu. Berhati-hati dalam penggunaan makanan sumber lemak yang tinggi, garam dan juga gula. Mungkin kita boleh letakkan gambar piramid makanan di peti ais untuk rujukan dari semasa ke semasa kan. Mudah ingat. 

Kepelbagaian dalam diet sangat penting. Kita boleh memastikan keperluan vitamin dan nutrisi serta mineral yang penting dalam pemakanan kita setiap hari. Tidaklah merasa bosan dengan makanan kita setiap hari kan. Kalau anda ada masalah penyakit seperti kencing manis atau alahan makanan boleh rujuk dengan doktor seawalnya. 

AIR KOSONG 
• Sentiasa bawa air kosong dimana-mana sahaja. Kekal hidrat, banyak manfaatnya untuk kehamilan yang sihat. Ini termasuklah dapat menggelakkan diri daripada berhadapan risiko kelahiran awal dan juga elak komplikasi sembelit atau bengkak.
• Anda boleh juga mengamalkan pengambilan jus buah-buahan segar. 

MAKANAN SEGAR
• Makanan segar jauh lebih baik dari makanan yang telah diproses. Contohnya makanan dalam tin, kerana prosesnya sudah tentu melalui pelbagai tambahan bahan-bahan bukan semulajadi didalamnya. 

PROTEIN
• Protein membentuk setiap sel di dalam tubuh bayi dalam kandungan. Terdapat kajian menunjukkan bahawa pengambilan protein yang mencukupi (75g sehari atau lebih) boleh melindungi anda daripada komplikasi-komplikasi kehamilan seperti eklampsia, tekanan darah tinggi dan lain-lain. 

SNEK 
• Anda juga disarankan agar mengambil snek sihat seperti segenggam kekacang atau yogurt. Berbanding dengan kerepek atau ais krim. Sediakan makanan yang sihat buat kudapan selepas makanan utama pun satu langkah bijak kan.

CARA MEMASAK
• Elakkan kalori kosong yang kebanyakkannya terdapat dalam makanan berminyak, berlemak dan minuman ringan. Seeloknya lebih banyak membakar, merebus, memanggang atau mengukus berbanding menggoreng. Boleh makan tapi dalam keadaan yg terkawal. 

KERAP TETAPI SEDIKIT
• Selalu kita dengar kalau nak berdiet harus makan lebih kerap dalam kuatiti yang sedikit kan. Begitu juga dengan ibu hamil. Tambahan pula jika anda mengalami masalah morning sickness atau pedih hulu hati. Ia juga bagus untuk mengawal tahap gula dalam darah. 

VITAMIN / SUPPLEMEN TAMBAHAN
• Tujuannya pengambilan bukanlah untuk meggantikan makanan utama tetapi berfungsi untuk memastikan zat makanan seharian cukup buat ibu dan bayi. 

Kehamilan menuntut penambahan kalori dalam menu seharian kita. "Makan berdua" tidak bererti anda perlu makan berlebihan. Apa yang penting makanan itu memberikan khasiat pada ibu dan juga bayi. 

Pertambahan berat badan semasa hamil adalah normal. Itu sebahagian daripada proses kehamilan. Jangan pula kita menyekat selera makan sehingga memudaratkan bayi dalam kandungan. Boleh berbincang dengan pakar pemakanan atau rakan-rakan. Percayalah berat badan yang bertambah itu lebih mudah disingkirkan setelah anda melahirkan dan menyusukan bayi kelak. 

Kuantiti makanan yang disarankan ketika hamil 
 ⭐ 6 - 11 hidangan nasi/ bijirin / roti
⭐ 3 - 5 hidangan sayur dan buah (sekurang - kurangnya 1 kaya dengan vitamin C dan 1 kaya dengan vitamin A) 
⭐ 3 - 4 hidangan daging, ikan dan makanan protein lain termasuk kekacang
⭐ 6 - 8 gelas air. 

Saranan supplemen tambahan saya pada anda adalah SET IBU HAMIL SHAKLEE <<< (klik sini)

Set ibu hamil shaklee

Bekalan Nutrien penting buat ibu dan bayi. Sokongan suami juga sangat penting bagi memastikan kesihatan mental dan fizikal ibu lebih terjamin.

Sebarang pertanyaan atau pesanan produk boleh hubungi /watsapp saya & saya akan memberi bimbingan serta konsultasi pada anda sehingga anda berjaya/mencapai target. Amiinn Ya Mujib! 
Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 


Jangan tunggu lagi dan hubungi saya! 

Pengedar Sah Shaklee Senawang/ Seremban

Pengeposan seluruh malaysia

Yaya Abd Aris
018 328 4995
Qisyaireen.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

CARI DI SINI

Followers

TANYA DI SINI