Wednesday, September 14, 2016

Akibat dan Pencegahan bagi penyakit Pneumonia.

Assalamualaikum & salam sejahtera.. Adakah ada dikalangan anak-anak anda yang disyaki menghidap penyakit ini??

Setiap 20 saat, 1 kanak-kanak mati akibat Pneumonia.


Lebih 80% penyakit invasif pneumokokus berpunca daripada 7-11 jenis serotip kepada kanak-kanak  bawah 5 tahun. 

APAKAH PENYAKIT PNEUMOKOKUS ??
Penyakit pneumokokus (disebut neu-mo-kokus) berpunca dari bacterium streptococcus Pneumoniae. Terdapat hampir 90 jenis serotip pneumokokus. Kebanyakkannya mengakibatkan penyakit yang ringan sahaja tetapi ada segelintir yang mampu menyebabkan jangkitan-jangkitan invasif. 


Rajah diatas menunjukkan Streptococcus pneumoniae merebak dari nasophatynx melalui saluran pernafasan , menyebabkan penyakit pneumokokus yang invasif dan otitis media , penyakit pneumokokus yang tidak invasif. 

APAKAH AKIBAT STREPTOCOCCUS PNEUMONIAE ??

PNEUMONIA ( Radang paru-paru )

Simptom : Kesukaran bernafas , batuk, sakit dada, demam & seram sejuk.
Komplikasi : Empiema ( jangkitan ruang pleural ) , Perikarditis ( keradangan kantung yang mengelilingi jantung )dan halangan Endrobonkus , dengan atelektasis ( kuncup paru-paru separa atau sepenuhnya ) & pembentukkan abses paru-paru.

MENINGITIS ( Radang selaput otak & Saraf Tunjang )

Simptom : Leher kejang, demam , sakit kepala, tidak berupaya untuk makan, kekalutan & letargi.
Komplikasi : Serebral Palsi, epilepsi, kerosakkan otak, penyakit buah pinggang , kehilangan pendengaran, amputasi anggota badan, kelewatan perkembangan & kematian.

OTITIS MEDIA( Jangkitan telinga tengah )

Simptom : Sakit telinga, sukar tidur, demam & kerengsaan.
Komplikasi : Meningitis & Mastoiditis ( jangkitan tulang mastoid yang terletak di belakang & di atas cuping telinga )

BAKTERAEMIA (Bakteria dalam aliran darah)

Simptom : Demam , kerengsaan , bintik merah pada kulit, kekeliruan atau perubahan dalam status mental.
Komplikasi : Akibat-akibat neurologi dan sepsis, keadaan yang mengancam nyawa.

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI DIJANGKITI PNEUMOKOKUS ?? 
⚫ Dibawah umur 2 tahun.
⚫ Masalah perubatan yang kronik
⚫ Menghadiri pengasuhan anak berkumpulan ( taman bimbingan kanak-kanak, pusat jagaan harian, taman tema kanak-kanak & sebagainya. )

BAGAIMANA BOLEH DIJANGKITI PENYAKIT PNEUMOKOKUS ??
Bakteria yang merupakan punca penyakit pneumokokus lazimnya dijangkiti melalui hidung dan rongga kanak-kanak serta orang dewasa yang sihat dan mudah merebak melalui sentuhan atau batuk.

APAKAH RAWATAN UNTUK PENYAKIT PNEUMOKOKUS ??
Jika dapat dikesan dari awal dan diberi rawatan yang sewajarnya, penyakit pneumokokus dapat dikawal. Oleh kerana terdapat peningkatan kesedaran tentang ketahanan bakteria terhadap antibiotik, kini para doktor lebih fokus dalam pencegahan penyakit ini.

BAGAIMANA SAYA BOLEH MELINDUNGI ANAK SAYA DARI PENYAKIT PNEUMOKOKUS ???
Cara terbaik untuk melindungi anak anda daripada jangkitan pneumokokus ialah dengan pelalian.

WHO mengisytiharkan "menyedari beban penyakit pneumokokal yang tinggi di kalangan kanak-kanak, WHO menyifatkan kemasukan vaksin ini ke dalam program  Pelalian Kebangsaan sebagai satu keutamaan".

APAKAH KESAN SAMPINGAN VAKSIN PNEUMOKOKUS ??
Seperti ubat-ubatan yang lain, ada kemungkinan anak anda akan mengalami kesan sampingan selepas menerima vaksinasi ini. Kesan- kesan ini termasuklah sedikit kesakitan atau radang di tempat suntikan yang biasanya tidak akan berlanjutan lebih daripada satu atau dua hari. Anak anda mungkin akan berasa kurang sihat atau mengalami demam selepas vaksinasi. Sekiranya berlarutan sila dapatkan nasihat doktor.

SUPPLEMEN APAKAH YANG PERLU ANDA AMBIL BAGI MENCEGAH ANAK ANDA MENDAPAT PENYAKIT INI ??
Sangat penting buat ibu bapa untuk meningkatkan sistem imunisasi anak-anak supaya tidak mudah berjangkit dengan sebarang penyakit. Selain menjaga kebersihan dan pemakanan , sangat bagus kiranya ibu bapa memberi supplemen kanak-kanak yg semulajadi , selamat & berkesan buat anak-anak. 

Cadangan Supplemen ialah :

Nutriferon

Omega guard

Chewable vita-c plus

Mealshakes

Vita-lea for children

⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫

LIHAT TESTIMONI 







Sebarang pertanyaan atau pesanan produk boleh hubungi / watsapp saya. Saya akan bimbing dan consult anda sampai anda capai target anda. 



No comments:

Post a Comment

CARI DI SINI

Followers

TANYA DI SINI