Saturday, April 30, 2016

Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialahThyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Kelenjar tiroid terdiri dari dua lobus, satu di sebelah kanan dan satu lagi disebelah kiri. Keduanya dihubungkan oleh suatu struktur 
( yang dinamakan isthmus atau ismus. Setiap lobus berbentuk seperti buah pir. Kelenjar tiroid mempunyai satu lapisan kapsul yang tipis dan pretracheal fascia. Pada keadaan tertentu kelenjar tiroid aksesoria dapat ditemui di sepanjang jalur perkembangan embriologi tiroid.

Struktur ismus atau isthmus yang dalam bahasa Latin ertinya penyempitan merupakan struktur yang menghubungkan lobus kiri dan kanan. Posisinya kira-kira setinggi cincin trakea 2-3 dan berukuran sekitar 1,25 cm. Anastomosis di antara kedua arteri thyroidea superior terjadi di sisi atas ismus, sedangkan cabang-cabang vena thyroidea inferior ber-anastomosis di bawahnya. Pada sebahagian orang dapat ditemui lobus tambahan berupa lobus piramidal yang menjulur dari ismus ke bawah


SALUR DARAH
Darah ke kelenjar tiroid dibekalkan oleh arteri superior thyroid yang merupakan cabang pertama arteri external carotid(ECA). Arteri ini menembusipretracheal fascia sebelum sampai ke bahagian superior pole lobe kelenjar tiroid. Saraf laryngeal terletak berhampiran (di belakang) arteri ini, jadi jika dalam pembedahan tiroidektomi, kemungkinan besar saraf ini terpotong jika tidak berhati-hati.

Kelenjar tiroid juga dibekalkan oleh arteriinferior thyroid yang merupakan cabang daripada thyrocervical trunk (cabang daripada arteri subclavian). Dalam 3% populasi manusia, terdapat satu lagi arteri ke kelenjar tiroid, iaitu arteri thyroid ima.
Antara orang-orang yang berisiko menghadapi masalah penyakit kelenjar tiroid ialah:
  • Perempuan
  • Genetik
  • Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia lebih 60 tahun
  • Merokok
Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:
  • Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
  • Hipotiroidisme
Dalam kes hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
  • Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
  • Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan
Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah
Orang yang menghidap hypothyroidismpula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

Supplemen shaklee yang dicadangkan ialah : 
VIVIX.. 


ATAU
..............
Anda boleh ambil supplemen untuk hypo / hypertiroid...



TESTIMONI PENGHIDAP TIROID





SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBITOR
Yaya Abd Aris (ID 1212597)
018.328.4995
Email : ayeleyaz24@yahoo.com

Page : Heal thy love beauty
Facebook page : yaya abd aris
Instagram : yaqisya_shaklee



No comments:

Post a Comment

CARI DI SINI

Followers

TANYA DI SINI