Tuesday, April 26, 2016

Diabetes menyerang tidak mengira usia...

Diabetes atau kita panggil 'kencing manis'. Selalunya yang kita tahu hanya orang dewasa atau warga emas yang berpenyakit kencing manis ni. Tapi ramai yang tidak mengetahui bahawa kanak-kanak juga berisiko untuk mendapat diabetes. Anda rasa anda sihat tanpa diabetes ???


APA ITU DIABETES ??
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Diabetes ialah sejenis penyakit kronik yang terjadi apabila organ pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau apabila badan tidak dapat menggunakan insulin dengan berkesan. Ini menyebabkan paras glukos (gula) meningkat dalam darah. Insulin ialah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas yang membantu sel-sel dalam badan untuk mengambil glukos dari darah dan menggunakannya sebagai tenaga.

"Diabetes boleh terjadi di kalangan kanak-kanak di semua peringkat umur"
Tahukah anda?
••••••••••••••••••••••••••
👉Diabetes semakin meningkat dikalangan kanak-kanak
👉Diabetes adalah salah satu penyakit paling kronik di kalangan kanak-kanak
👉Walaupun adanya rawatan moden, lebih daripada 50% kanak-kanak yang menghidapi diabetes mendapat komplikasi 12 tahun selepas diagnosis.
👉Penjagaan yang terbaikbialah dengan melibatkan berbagai disiplin (multidiscliplinary) dari semua bidang profesional yang berkaitan dengan kesihatan kanak-kanak
👉Kanak-kanak yang menghidapi diabetes boleh menikmati kehidupan yang sihat dan produktif.

Terdapat 2 Jenis Diabetes
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Jenis 1 :
Insulin Dependent Diabetes Mellitus
 ( Bergantung kepada Insulin )
⭐ Biasanya berlaku kepada kanak-kanak & remaja
⭐ Biasanya tidak dapat menghasilka insulin

Jenis 2 :
NON insulin Dependent Diabetes Mellitus
( tidak bergantung kepada insulin )
⭐ jenis paling biasa ditemui & lebih daripada 90% pemghidap diabetes adalah jenis ini.
⭐ Selalunya pada orang yang berumur & mempunyai berat badan yang berlebihan.

Bagaimanapun terdapat 1 lg jenis kumpulan yang berada diantara kedua-dua jenis diatas yang dikenali sebagai impaired glucose tolerance @ kumpulan IGT.

APAKAH TANDA-TANDA AMARAN DIABETES INI ??
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Ianya berlainan mengikut seseorang itu, tetapi gejala yang selalu berlaku ialah :

❇ Haus / Dahaga yang berlebihan
❇ cepat letih
❇ Berat badan menurun
❇ penglihatan kabur
❇ otot lemah
❇ gatal-gatal

Gejala lain termasuk :
❇ penghidap penyakit kulit yang berpanjangan
❇ luka yang lambat sembuh
❇ kerap membuang air kecil
❇ gatal pada bahagian kemaluan
❇ rasa kebas

🔴Anda juga boleh menghidapi Diabetes tanpa apa-apa gejala diatas. Seeloknya anda menjalani ujian di klinik kesihatan.

SIAPA YANG BERISIKO TINGGI PENGHIDAP DIABETES ???
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Sesiapa sahaja tidak mengira peringkat umur. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi jika mempunyai perkara berikut :

🔸 Berumur 35 tahun ke atas , kerana semakin berumur semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit diabetes.
🔸 Berat badan yang bertambah @ Obesiti
🔸 IGT
🔸 Keturunan
🔸Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir
🔸 Sejarah melahirkan bayi yang besar ( 4kg keatas )
🔸 tekanan darah tinggi
🔸tidak aktif / gaya hidup sedentari
🔸 faktor pemakanan ( pengambilan makana  yang berlemak & berserat )
🔸 tahap lemak & kolestrol yang tinggi.

KOMPLIKASI DIABETES
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

👉 penghidap penyakit Kardiovaskular
👉 Kegagalan buah pinggang
👉 Kerosakkan saraf
👉 Buta

KEADAAN KECEMASAN
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
HIPOGLISEMIA - Tahap gula adalah rendah( rasa sakit kepala , pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau diserang sawan jika kandungan gula anda terlalu rendah. )

DIABETES KETOACIDOSIS - Adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi ( ini bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin . ia juga boleh dihasilkan oleh tekanan , jangkitan kuman, kecederaan , penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedarkan diri )

HIPERGLISEMIA - Adalah tahap gula yang tinggi. ( mengantuk & tidak sedarkan diri )

APA BERLAKU JIKA TAHAP GULA YANG TINGGI BERPANJANGAN..???
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Menyebabkan kerosakan jangka panjang.
Mata - katarak, pendarahan dlm mata & boleh menyebabkan buta
Saraf - kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki.
Otak - angin ahmar atau strok
⭐ Buah pinggang
⭐ Jantung

APA YANG PERLU DILAKUKAN BAGI MENGELAKKAN DARI MENGHIDAPI PENYAKIT  DIABETES???
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
🔸 mengawal pengambilan makanan
     ( memakan makanan yang seimbang )
🔸 Bersenam / melakukan aktiviti sihat
🔸 mengambil ubatan / supplemen
🔸 penjagaan secara umum
( jaga kulit, tubuh, gigi, etc )
🔸 merawat luka dengan segera
🔸 kerapkan memeriksa tahap glukosa
🔸 berhenti merokok
🔸 menggelakkan minuman keras

Bolehkah diabetes dicegah?
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Lebih daripada 50% diabetes jenis 2 boleh dicegah. perubahan dari segi cara hidup telah menunjukkan ianya berkesan dalam mencegah atau melambatkan terjadinya diabetes jenis 2.

Dan juga dengan pengambilan suplemen yang dapat membantu serta menggelakkan menghidapi penyakit Diabetes dengan vivix.
Atau dengan pengambilan set diabetes dari shaklee..
Disini saya kongsikan beberapa testimoni pelanggan kami yang berjaya dengan vivix.









Sebarang pertanyaan atau pesanan produk boleh hubungi /watsapp saya & saya akan memberi bimbingan serta konsultasi pada anda sehingga anda berjaya/mencapai target. 
Amiinn Ya Mujib! 

Founder at HealbeauThy Family 
- The Achiever -

Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee?? 
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya! 

 klik sini

You are not paying for the supplement, but you are investing on your health.

Pengedar Sah Shaklee Senawang / Seremban

Pengeposan seluruh malaysia termasuk Sabah & Sarawak

Yaya Abd Aris
018 328 4995

Qisyaireen.blogspot.com



No comments:

Post a Comment

CARI DI SINI

Followers

TANYA DI SINI