Assalamualaikum semua.. Salam sejahtera.. Nak tanya boleh..anak2 uall makan sayur tak? Kalau makan Alhamdulillah.. Kalau tak, harus beri supplemen tambahan untuk anak supaya anak dapat cukup nutrisi. Even makan sayur buah pun perlu nutrisi tambahan kan..yela, sayuran & buahan sekarang pun bukan organik. Bnyak racun yg membahayakan kesihatan kita nnt.
Sejak dari qisya umur 6 bulan lagi saya dah ajar mkn sayur. Buat puree untuk dia. Alhamdulillah.. Sampai sekarang qisya mmg peminat sayur yg tegar. Takat nak ratah sayur sahaja pun blh. Tak kisah lah sayur apa pun, bayam, kankung, brokoli, carrot, semua lah. Semua tanya apa rahsia sy ajar anak camtu sbb susah nk tgk anak2 kecil yg suka mkn sayur.
Saya hanya beri die rasa kepentingan sayur sejak dari bayi lg..itu shja.. Kita sendiri dah tau kan Sayur-sayuran dan buah-buahan memang banyak khasiatnya kerana kandungan nutrisi seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat ; penting dan sangat baik untuk kesihatan badan, minda dan emosi.
Mcm saya suka mkn carrot. Suka masak sup sayur + brokoli, kobis bunga, cendawan n etc. Banyak sgt khasiat carrot ni. pengambilan lobak merah dengan konsisten dapat menjadi tonik yang bagus untuk mata dan kulit kita disamping membantu mempertahankan keadaan kesihatan kita dengan lebih baik.
Jom tengok setiap satu kebaikannya :
Kulit: Lobak sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Lobak menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah.
Mata: Lobak adalah sumber yang kaya dengan Vitamin A dan B yang membantu anda untuk menghasilkan penglihatan yang lebih baik.
Kanser: Lobak meningkatkan kuasa imuniti dan juga membantu untuk memerangi kanser.
Kolesterol: Makan satu lobak merah setiap hari membantu anda untuk mengeluarkan kolesterol yang tidak baik daripada badan.
Otak: Lobak mempunyai lebih banyak kalori yang membantu untuk meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak.
Dan banyak lagi khasiatnya.. Dalam shaklee, ada carotomax sama seperti carrot. Baik untuk mata juga. Anti kanser. Kaya dengan pelbagai vitamin. Sebab itu la,tidak cukup hnya dengan sayur tapi perlu ditambah dengan supplemen bg melengkapkan keperluan nutrisi kita. Kerana apa? Kerana sayuran & buahan sekarang ni belum tentu bebas racun , non-GMO dan sebagainya.
Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi /watsapp saya & saya akan memberi konsultasi pada anda sehingga anda berjaya. Amiinn Ya Mujib!
Ingin mencuba rangkaian produk dari shaklee?? Anda ingin menjana pendapatan dengan shaklee?? Ingin mengubah hidup & kesihatan anda dengan shaklee??
Jangan tunggu lagi dan hubungi saya!
Pengedar Sah Shaklee Senawang/ Seremban
.
Yaya Abd Aris
018 328 4995
qisyaireen.blogspot.com
#tsunamishaklee #greatSID
#amazing10 #emeraldswift
#shakleeeffect #emeraldfamily
#liveamazing
#WAHM #shakleesenawang
No comments:
Post a Comment