Thursday, February 4, 2016

TIPS MEMASTIKAN BAYI SELAMAT


Tidak kira sama ada ini kali pertama anda bergelar ibu bapa atau tidak, mempunyai seorang bayi bermakna anda tidak akan cukup tidur dan akan sentiasa bimbang. Walaupon pengalaman penjagaan kesihatan dan keselamatan si kecil anda lama kelamaan menjadi lebih mudah, tidak salah jika anda lebih berhati-hati. Luangkan masa untuk membaca tip-tip berikut; anda mungkin mempelajari sesuatu yang baru.

JAGA ANAK DENGAN BERHATI-HATI...
bayi baru lahir adalah lemah dan jika anda tidak biasa menjaga bayi baru lahir anda mungkin rasa bimbang atau tidak selesa. Walau bagaimanapun, tiada apa yang perlu dibimbangkan selagi anda mengamalkan beberapa langkah berjaga-jaga yang mudah. Perkara paling penting yang perlu anda ingat ialah :
🔴Sistem imun bayi baru lahir belum matang, bermakna mereka mudah mendapat jangkitan. Cuci tangan menggunakan sabun dan air atau sanitasi tangan sebelum menyentuh bayi anda. Pastikan orang lain juga mengambil langkah yang sama.

🔴Bayi baru lahir juga mudah mendapat kecederaaan otak jika digoncang terlalu kuat. Ini bermakna anda perlu berhati-hati dan elak daripada mengoncang mereka, tidak kira sama ada untuk berseronok atau disebabkan kekecewaan. Mengoncang terlalu kuat akan menyebabkan pendarahan didalam otak atau kematian > jangan terlalu kasar.


🔴Otot leher bayi baru lahir belum cukup kuat untuk menyokong kepala mereka, oleh itu, sentiasa sokong leher dan kepala bayi baru lahir setiap kali anda mengangkatnya. Anda perlu menyokong kepalanya apabila mendukung, menegakkan atau ketika meletakkannya ke atas tilam.

🔴Jauhkan bayi daripada saudara mara atau kawan-kawan yang sakit. Sistem imun bayi anda masih belum berupaya untuk menangani jangkitan serius.

🔴Sentiasa awasi persekitaran bayi anda untuk memastikan tiada apa yang boleh membahayakannya. Terdapat pelbagai jenis keadaan merbahaya yang boleh berlaku contohnya bahaya terjatuh ( contohnya apabila menukar lampin diatas meja yang tinggi, tangga harus mempunyai pagar keselamatan, dll )
Bahaya tercekik (contohnya beg plastik atau objek kecil hendaklah dijauhkan dari kanak2, dll ) bahaya elektrik (contohnya menutup semua punca elektrik, kabel dlm keadaan baik, dll ) bahaya fizikal ( contohnya perabot yang mempunyai sudut/bucu tajam hendaklah ditutup, balkoni dan tingkap rendah hendaklah sentiasa ditutup dan dikunci, dll )


KESELAMATAN HARIAN
Bagi mengurangkan kemungkinan bayi cedera , pastikan anda mengambil langkah-langkah tambahan. Jangan mengangap bahawa dia akan selamat jika ditinggalkan bersendirian. _ Jangan lupa bahawa anak anda masih kecil dan tidak boleh menjaga dirinya sendiri! Keselamatanya bergantung sepenuhnya kepada anda, oleh itu pastikan anda mengambil berat dan ketahui apa yang anda boleh lakukan untuk memastikan keselamatannya terjaga. Beberapa perkara penting yang anda perlu fikirkan ialah :

🔸Apabila anda mandikan bayi, sentiasa pastikan bahawa kawasan sekeliling adalah pada suhu yang sederhana dan selesa untuk mengelakkan kesejukan. Air mandian haruslah cukup panas dan tidak terlalu sejuk, dan tidak kira apa alasanya, jangan sesekali tinggalkan bayi anda di dalam besin mandi tanpa pengawasan. Jika anda terpaksa meninggalkan bilik mandi atas sebab-sebab tertentu, balut bayi dengan tuala dan bawanya bersama anda.

🔸jika anda mengambil keputusan untuk mengkhatankan bayi anda, pastikan anda kerap memeriksa bahagian yang dikhatankan. Berjumpa dengan pakar pediatrik dengan serta merta jika luka tidak pulih dengan sempurna.

🔸jaga tunggul tali pusat bayi dengan baik dengan memastikan ia sentiasa bersih dan kering. Ini bermakna anda harus elak daripada merendam tunggul di dalam air sehingga tertanggal. Salah satu cara untuk mastikan ianya bersih adalah dengan menggunakan alkohol untuk mengesat kawasan tersebut. Lama kelamaan, warna tunggul tali pusat bayi anda akan berubah - dari warna kuning ke perang atau hitam. Jangan bimbang kerana ia adalah normal, tetapi dapatkan masihat pakar pediatrik jika kawasan tersebut menjadi merah atau berbau busuk.

🔸Sekiranya anda pernah mendengar mengenai sindrom bayi mati  mengejut ( Sudden Infant Death Syndrome , SIDS ) , maka tentu anda tahu kepentingan bayi tidur terlentang. Berhati-hati agar tiada barang seperti alas katil gebu, selimut, anak patung   bantal , dan lain-lain ditinggalkan di dalam katil bayi kerana ia boleh menyebabkan bayi lemas. Pastikan anda menukar kedudukan kepala bayi dari masa ke semasa setiap malam untuk mencegah terjadinya kesan leper sebelah pada kepalanya.

No comments:

Post a Comment

CARI DI SINI

Followers

TANYA DI SINI