Friday, February 19, 2016

120 PRODUK KOSMETIK BERACUN



Jom kita semak...mana tau ada produk yang anda masih menggunakannya...

Apa yang pengguna perlu tahu adalah tiada satu pun produk kosmetik yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Apa yang ada adalah produk kosmetik yang dinotifikasikan kepada KKM. Sehingga November 2015 sebanyak 145,000 produk kosmetik dinotifikasi di Malaysia.  Apa itu dinotifikasikan?

======
SISTEM NOTIFIKASI KOSMETIK
======

Menurut sistem Notifikasi, pengilang kosmetik ataupun pemegang jenama produk kosmetik tersebut akan menisytiharkan kandungan ataupun bahan-bahan dalam produk kosmetik mereka kepada KKM sebelum diberikan nombor Notifikasi yang bermula dengan huruf NOT12345678K

Nombor NOT akan diberikan secara automatik kepada produk kosmetik setelah kandungan yang diisytiharkan tidak mengandungi bahan-bahan terlarang ataupun beracun.

Tetapi, adakah Syarikat Kosmetik yang mahu mengisytihar produk mereka mengandungi bahan beracun? Adakah Syarikat kosmetik mahu mengisytiharkan produk mereka mengandungi Merkuri? Hydroquinone? Tretinoin?

Tujuan bahan-bahan beracun ini dicampurkan ke dalam produk kosmetik supaya ia memberikan kesan putih atau cerah kepada kulit dalam masa yang singkat walaupun ia sangat bahaya.

Jika syarikat kosmetik mengisytiharkan produk mereka mengandungi bahan seperti merkuri, hydroquionone dan tretinoin. Sudah pasti permohonan notifikasinya ditolak secara automatik.

=====
ADAKAH KOSMETIK BERACUN INI PRODUK TIRUAN? 
=====

Apakah tujuan 'pemalsu' mencampurkan bahan beracun ke dalam produk kosmetik tiruan?

Adakah mereka mahu membuat produk tiruan yang lebih berkesan daripada produk asli? Adakah mereka mahu menghasilkan produk tiruan yang lebih cepat menunjukkan kesan daripada produk asli?

Bahan-bahan pemutih beracun ini juga mahal harganya. Cuba pengguna fikirkan.. Adakah 'pemalsu' mencampurkan bahan-bahan beracun ini dan hasilkan produk tiruan dengan kos yang lebih mahal daripada produk asli?

Atau adakah 'pemalsu' mencampurkan bahan beracun ini semata-mata kerana dengki dan ingin menjatuhkan produk kosmetik jenama tersebut?

=====
KENAPA PRODUK KOSMETIK TIDAK DIUJI SEBELUM DIPASARKAN?
=====

Produk Kosmetik di Malaysia tidak diuji sebelum ia dipasarkan tetapi produk-produk kosmetik ini dipantau oleh pihak BPFK melalui Aktiviti Post-Market Surveilans Produk Kosmetik.

Melalui aktiviti ini, sampel-sampel produk kosmetik diambil daripada pasaran untuk ujian kualiti dan keselamatan di mana fokus diberikan kepada produk-produk berisiko tinggi untuk dicampurkan dengan bahan-bahan terlarang seperti produk pemutih ataupun pencerah kulit.

Apabila sesuatu produk kosmetik didapati mengandungi bahan terlarang atau tidak mematuhi Garispanduan Kawalan Produk Kosmetik, pihak BPFK KKM akan membatalkan Notifikasi produk tersebut dan pihak syarikat diarahkan untuk memanggilbalik (recall) ataupun mengeluarkan produk kosmetik tersebut dari pasaran.

KKM tidak meluluskan sebarang Produk Kosmetik di Malaysia tetapi sebaliknya pihak syarikat bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan produk kosmetik mereka yang berada di pasaran adalah selamat dan berkualiti.



======
SENARAI PENUH PRODUK KOSMETIK BERACUN YG DIBATALKAN NOTIFIKASI OLEH KKM 2008 - 2016
======

Senarai produk-produk kosmetik yang dibatalkan Notifikasi kerana mengandungi bahan beracun ini dikeluarkan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK), KKM dari 2008 - 2016.

Anda juga boleh merujuk ke laman web BPFK di www.bpfk.gov.my, kenyataan akhbar produk-produk kosmetik beracun oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Brunei, Kementerian Kesihatan Brunei dan kenyataan akhbar Health Sciences Authority, Singapura kerana ada produk-produk kosmetik beracun yang disiarkan tiada dalam senarai BPFK.

======
SENARAI 120 PRODUK KOSMETIK BERACUN
======

1. Khazanah White Pembersih Wajah
2. Gloskin Krim Malam & Siang
3. Reena's Astringen Lanjutan
4. Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk5. EETYE Whitening Cream
6. O'Lynn Skin Lightening Cream
7. Hans Beauty Flawless Day Cream
8. Hans Beauty Flawless Night Cream
9. Hans Beauty Treatment Toner
10. AS Beauty Night Cream
11. AS Beauty Day Cream
12. Golden Horse Herbal Milk Lotion
13. Golden Horse Bio C omplex Cream
14. Dermaceutic Spot Cream
15. Dermaceutic Spot Peel Cream
16. Yellow Cream (Krim Ku-Neng)
17. Dnars Magic Gold Foundation
18. SF PROTECT & PERFECT DAY CREAM
19. Sensual Meiji Skin Renewar Cream
20. Acrena Pure Herbal Papaya Soap
21. White Complex
22. SS Pearl Cream
23. SS Vita C Night Repair
24. Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
25. Natural 99 Night Cream
26. Natural 99 Day Cream
27. SF Beauty Night Cream (Facial)
28. SF Beauty Day Cream (Facial)
29. Aveana Night Revival Cream
30. Blemished Skin Ampoules
31. Golden Horse B&W Cream
32. Felisa Gentle Peeling Solution
33. Krim Malam Rahsia Rimba
34. Biocosmeti Whitening Essence Cream
35. H2O Waterwhite Brightening Night Cream
36. Magiexpress Lightening Plus
37. A.Vant Cream
38. Eriesya Spa Beauty Cream
39. Natasya Krim Herba
40. Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
41. Ratna Sari Whitening Night Cream
42. ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream
43. Chantique - Whitening Night Cream
44. NV Toner Treatment No 1
45. NV Toner Treatment No 2
46. Zara Rejuvenation Cream
47. Beauty Line Beautitude Multi-purpose Cream
48. Pigmentation Recovery Complex
49. Natasya Gold Krim Herba
50. De Putih Night Cream
51. Krim Malam Shana
52. Biotox Whitening Hydro Cream
53. BML HB LOTION
54. Yoko Whitening Cream
55. Sue Beauty Night Treatment Cream
56. Sensual Whitening Cream
57. Derma-Rx Arbutin-R Cream
58. DS.1 Blemish Control Cream
59. Ezee Sunblock Cream
60. MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUE
61. Daily Protecting Cream - Joie et Beaute
62. La Bliss Skin Brightening Cream
63. Sans Dynamic Intensive Light Cream
64. Putih Gebu Sun-Block Collagen Lotion
65. Bio-Clear Intensive Renewal Complex
66. MS Wellmood Enhancing Cream
67. Renewing Cream
68. E Beaute Total Revitalizer Night Cream
69. MS Wellmod Lightening Complex
70. Qu Puteh Whitening Pro 9

======
Senarai Kosmetik Beracun di bawah dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Brunei:
======

1. AZ Cosmetic-Day Cream
2. AZ Cosmetic-Night Cream
3. AZ Cosmetic-Treatment Cream
4. AZ Cosmetic-Sunblock
5. Atika Beauty Cream Jeragat
6. POND'S-age miracle BB anti-ageing Expert BB Cream Light-night cream
7. DOKTER cream
8. Pati IbuPutih by JannaLawaa-Gluta Kojic Super Whitening Serum
9. Pati IbuPutih by JannaLawaa-Day Creamy Face n Body White
10. Pati IbuPutih by JannaLawaa-Night Creamy Face n Body White
11. Gijes Beauty-Night Cream
12. RACIKAN LING ZHI-Night Cream with Vit E
13. LIEN-HUA (BUNGA TERATAI)-Day Cream
14. Professional Skin Care Formula Rejuvenating Cream
15. Professional SKin Care Formula Rejuvenating Toner
16. Wonder Glow Day Cream
17. Wonder Glow Night Cream
18. Ana Marissa Beauty Night Cream HD
19. Lyanaz Beauty Care-Magic Night Cream
20. Atika Beauty Sunblock
21. Dnars Yellow Cream
22. SP Super UV WHitening
23. SP UV Special Ginseng - Whitening & Anti-Acne
24. Collagen Plus Vitamin E - Night Cream
25. AS Beauty Night Cream
26. AS Beauty Day Cream
27. Golden Horse Herbal Milk Lotion
28. Golden Horse Bio Complex Cream
29. Collagen Gold-Day and Night Cream
30. Super Cream Mutiara
31. Natural 99 King Bleaching Whitening Cream
32. New Original Dr-Doktor Pemutih Day Cream
33. New Original Dr-Doktor Pemutih Night Cream
34. Lyanaz Beauty Care Babies Blink 100% Original (White colored cream)
35.Clariderm-Astringent
36. Dara Anggun-Glow Glowing Beauty Skin, Night Glowing
37. Dara Anggun-Glow Glowing Beauty Skin, Night Glow
38. Wonder Glow Super Ultra Glowing Cream Version SPF45++ Day Cream
39. Wonder Glow Super Ultra Glowing Cream Version SPF45++ Night Cream
40. SALOMA ZARA-Ultimate Skin Perfection-PEARL DAY CREAM SPF 30

=====
Senarai Kosmetik Beracun di bawah dikeluarkan oleh Health Sciences Authority (HSA), Singapura:
=====

1. SB Facial Fuel Toner Mezzo
2. SB UV Pro Day Cream Mezzo
3. SB Rejuvenating Night Cream Mezzo
4. Tabita Skincare Smooth Lotion
5. Tabita Skincare Daily Cream
6. Tabita Skincare Nightly Cream
7. Meiyong Super Whitening Extra Whitening & Face Lift Advanced Super Revitalizer (Cream) Whitening Formula and Face Lift
8. Han's Skin.Care Flawless Day Cream
9. Han's Skin.Care Flawless Night Cream
10. Han's Skin.Care Treatment Toner
11. Han's Skin.Care TRIAL Flawless Day Cream
12. Han's Skin.Care TRIAL Flawless Night Cream
13. Han's Skin.Care TRIAL Treatment Toner
14. Melati UV-Whitening Vit.E Cream
15. ESTHER Bleaching Cream (A) and (B)

Kosmetik-kosmetik beracun di atas telah diuji oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Brunei ataupun Singapura dan disahkan mengandungi bahan beracun yang berbahaya seperti Merkuri, Hydroquinone, Tretinoin, Azaleik Asid dan steroid.

 


=====
TIP MEMILIH KOSMETIK YG SELAMAT
=====

Bagaimana untuk memilih kosmetik yang selamat? Insya-Allah saya akan kongsikan tip-tip ini dalam posting selepas ini.

"JADILAH PENGGUNA BIJAK MEMILIH"

Rahman Baco
Your Halal Trusted Pharmacist
www.fb.com/rahmanbaco.my

#senaraikosmetikberacun
#rahmanbaco
#herbalchoice
#nutriwhite

No comments:

Post a Comment

CARI DI SINI

Followers

TANYA DI SINI