Monday, February 15, 2016

APA ITU PARABEN ???

Perkongsian daripada Dr. Safiya Amaran
Ada yang bertanya, apa itu parabens??

Parabens (esters of p-hydroxybenzoic acid) adalah bahan kimia yang sangat banyak digunakan sebagai pengawet. Ia bertindak menghalang pembiakan bacteria. Ia murah dan berkesan.

Ia banyak digunakan dalam personal care products, pharmaceuticals dan food processing.






Adakah ia Bahaya??



Satu kajian telah dijalankan pada tahun 2004. Dan parabens ditemui dalam konsentrasi yang tinggi pada breast tissue orang yang ada breast cancer. (60%) daripada total parabens yang ada dalam badan.

Ini menunjukkan parabens yang ada dalam product yang biasa kita guna dapat masuk ke dalam badan dan kekal untuk tempoh yang lama. Ini menyebabkan saintis merasakan perlu berhati hati kerana bimbang ia memberikan kesan buruk kepada kesihatan.










BAHAYA PARABEN
•••••••••••••••••••••••

- Paraben menyerupai hormone dan ia boleh mengganggu fungsi sistem endokrin. Ia boleh menyebabkan kerosakan dalam sistem badan seperti tiroid, ovari, hypothalamus dan juga sistem peranakkan lelaki.

- Penghasilan estrogen yang tidak normal akan merangsang kanser payudara. Penyerapan paraben boleh menggalakkan penghasilan estrogen yang tidak normal. Ini boleh dijadikan alasan yang cukup besar untuk anda menjauhi produk yang mengandungi paraben.

- Paraben boleh memasuki salur darah walaupon hanya sapuan diatas kulit. Paraben yang diambil melalui kulit atau sapuan adalah lebih pekat berbanding melalui minuman iaitu sebanyak 10x ganda.

- Sekiranya mempunyai kulit yang sensitif, paraben akan menyebabkan reaksi allergik  dan ruam kulit. Kebanyakkan produk penjagaan kulit mendakwa ia adalah selamat untuk kulit sensitif walaupon mengandungi paraben. Penggunaan paraben dalam kuantiti yang amat rendah dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan masalah kulit yang serius.



Jadi,kesimpulannya buatlah pilihan yang bijak sebelum memakai sesuatu produk itu..pastikan kita baca dulu kandungan yang terdapat pada produk. Jgn kerana taksub dgn kecantikan yang cepat, akhirnya merana badan.
SAY NO TO PARABEN!



No comments:

Post a Comment

CARI DI SINI

Followers

TANYA DI SINI