Thursday, February 16, 2017

Impian setiap ibu bapa memberi yang terbaik buat anak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Hari ni saja saya nak bercerita tentang saya dan impian setiap ibu bapa didunia ini. Allahu..bila ada anak-anak ni baru lah kita merasa betapa pentingnya kehidupan ank-ank kita kelak kan. 


Ibu ayah mana tak inginkan yg terbaik buat anak-anak. Dari kecik lagi mesti kita dah ada macam-macam planning untuk anak-anak kita kan.. Nak anak kita jadi apa..mcm mana kehidupan die kelak.. Klu nak jadi doktor, apa yg patut kita ajar pada anak.. Mcm mne nak pupuk minat anak tu.. Pendek kata, semua bnda lah kita nk fikir. Tapi pada saya, walau apa cita-cita dan impian yg anak nak capai tu kita perlulah sokong kan..

Kerana banyak sangat pengalaman yang saya dengar tentang anak-anak yg akhirnya tidak mampu untuk menanggung impian ibu bapa ni.. Contohnya, ada hamba Allah ni, kesian saya dengar..die seorang doktor sekarang ni tapi terpaksa berhenti kerja dan ingin mencari pekerjaan lain kerana tak dapat teruskan lagi.. Sebab apa tau? Sebab tak sanggup tgk darah dan masih lg takut untuk melakukan pembedahan.. Aduhaii..sampai mcm tu sekali pulak. Bila tanya kenapa teruskan jadi doktor?? Jawapannya sebab mak ayah dia yg nak. 

Kan dah menjadi satu beban pada anak pulak.. Hihi.. Bila berborak tergelak kami..haha.. Mcm lawak pulak seorg doktor yg takut tgk darah.. Nak pengsan katanya.. Patut bincang dgn mak ayah kan.. Itulah dia..

Dan usaha ibu ayah tu juga memainkan peranan kan..klu sy, sy rasa sy sanggup buat apa shja untuk ank supaya die belajar bersungguh-sungguh.. Biarlah sy hantar pergi tuisyen.. Tnggu die smpi habis..semua lah.. Sbb nak beri yg terbaik pada anak agar cemerlang dunia akhirat.

Sy dan suami pun ada buat simpanan untuk anak.. Buat asb.. InSyaaAllah lepas ni nk menabung di sspn pula.. Lepas tu blh buat tabung haji.. Nak juga hantar anak-anak ke sekolah yg bagus-bagus.. Harapan semua ibu ayah inginkan anak2nya bahagia..mnjadi anak yg berbakti. 

Dalam doa, harapan dan kasih syg yg penuh pada anak, berjaya dunia akhirat itu yg utama. InSyaaAllah moga terlaksana impian saya buat anak-anak.. Amiinn.. Inilah anak-anak dunia akhirat saya.. 

Cinta hati ibu *hug & kiss*

.

Yaya Abd Aris
018 328 4995
qisyaireen.blogspot.com

#tsunamishaklee #greatSID 
#amazing10 #emeraldswift 
#shakleeeffect #emeraldfamily 
#liveamazing 
#WAHM #shakleesenawang

No comments:

Post a Comment

CARI DI SINI

Followers

TANYA DI SINI